Friday, June 29, 2012

masuk hospital.

as salam and welcome..♥

baru saja nak rasa lega,
sebab dapat cari seseorang bantu selesaikan masalah
dengan orang-orang ni,
datang pulak masalah lain.
dia masuk hospital pulak.
dugaan apakah ini?
semoga awak kuat,
walaupun saya tak dapat berada di sisi awak.
banyak dugaan saya bulan ni.
tiada siapa yang tahu melainkan Dia.
Dia Tuhan Yang Satu.

Ya Allah,
jika Engkau cuba menguji kekuatanku,
aku mohon Engkau tambahkan kekuatanku,
aku rasa lemah dan tak berdaya lagi.
satu persatu ujian yang Engkau beri kepadaku.
satu persatu aku cuba atasi sedaya upaya.
kumohon Engkau permudahkan segalanya bagiku.


p/s: memang orang yang dekat-dekat nak kahwin macam ni ke?
 

saya tahu awak nak back up saya, tapii...

as salam and welcome..♥

astafirullahala'zim..
ape nih..
masalah la macam ni.
tak sangka bende macam ni leh jadi besar.
memang saya tau awak back up saya sebagai
bakal isteri awak.
tapii..
alamak yggg,,
masalah kat saya dalam kelas ni.
mulut diorang saya yakin tak boleh tutup,
sampai saya nangis tiap ari pon.
diorang makin suka.
tapi saya.
awak pon kenalkan saya?
saya mudah mengalirkan air mata.
dengan tindakan awak,
diorang lagi kuat buat macam sebelum ni.
saya tau,
saya kenal diorang.
plz fahami saya dan mereka kalau sayangkan saya.

mood: blur.xtau nak luah kat sapa
 

Thursday, June 28, 2012

be careful with your word.

as salam and welcome..♥

u can't jump into tomorrow,
 until u've gone through today, 
u can't go back to yesterday, 
because de door to de past is closed n locked.
 

 

take note!

as salam and welcome..♥

be careful who you open up to,
only a few people actually care,
the rest are just curious.

*take note!
 

Wednesday, June 27, 2012

peraturan berkawan

as salam and welcome..♥ 

pengalaman mendengar dan pengalaman merasai sendiri,
adalah dua perkara yang jauh berbeza..
simpati dan empati.. 
simpati itu apa?
apa pula empati?
cuba buka kamus dewan,
cari sendiri definisinya.
dengan mendegar sahaja,
belum tentu kita dapat rasai keperitan/kegembiraan/kesedihan,
yang dialami seseorang,
tetapi,
dengan lalui sendiri  kita akan tahu,
dan sedar tentang sesuatu hal yang sebenar.
jangan cuba tunding jari pada saya,dia, kamu, mereka,
kalau tidak rasainya sendiri.
jangan fikir semua orang sama.
jangan nilai orang dari luaran,
kemudian kita hukum dia,dia dan dia.
kaji asal usul dia.
kaji apa yang pernah terjadi pada dirinya,
tentu ada sebab dan musabab kenapa dia begitu.
jangan mudah hukum orang.
cuba tilik diri sendiri,
sudah cukup baguskah kita?
sudah cukup hebatkah kita?
adakah di sekeliling kita ini,
semuanya menyukai kita?
adakah dengan apa yang kita ada,
kita sudah mampu mempengaruhi mereka?
cukupkah dengan itu semua,
untuk kita rasa yang kita ini betul.
janganlahhhh..
tolonglahhhh..
tika,
fikir juga pada diri anda,
ukur baju pada diri sendiri.
jangan salahkan orang lain,
dan jangan juga salahkan diri sendiri.
habis mahu salahkan siapa???
diri sendirikah?
dia kah?
ibu yang mengandungkah?
bapa yang memberikah?
haaaaahaaaaaaaa..ini lucu!
pernah dulu,
ada seorang murid katakan pada saya,
cikgu, bila kita tunding satu jari pada orang lain,
empat jari menunding pada diri kita.
saya mengiakannya.
lalu saya menjawab,
masakan pokok bergoyang jika tiada penyebabnya,
tentu angin yang goncang.
dijawabnya pula,
cikgu, macam mana jika ada monyet yang goncang?
kan itu juga adalah penyebabnya,
bukan tiba-tiba saja ia bergoncang sendirinya.
tersengeh-sengeh murid itu.
bila direnung balik,
tika tak mahu salahkan siapa-siapa,
cukup sekadar ingatkan diri sendiri,
sekadar bersabar,
muhasabah diri.
betulkan persepsi.
dalam dunia ini,
jangan terlalu rapat dengan mereka,
yang tiada pertalian darah dengan kita.
bila terlalu rapat,
mungkin mengundah masalah,
bukan apa,
tersilap kata,
terluka di dada.
hidup perlu berkawan,
jangan terlalu berlebihan.
hidup perlu bergaul,
jangan sampai tersasul.
silap perhitungan,
membawa padah.
silap perbuatan,
membawa masalah.
jadi diri kita yang sebenar,
jangan bersikap hipokrit.
jangan pandai mengampu sahaja,
jangan hanya menggunaka sesiapa untuk kepentingan sahaja.
ingat itu tika..



 

nonsense

as salam and welcome..♥

ok, 
tiba-tiba dapat penukaran skolah tanpa sebarang perbincangan,
ini awesome!
marah tak guna,
nama dah ditukarpon.
redhakan hati,
pasrahkan jiwa,
buka mata,
lapangkan dada,
terima seadanya.
ingat Tuhan yang tentukan segala takdir.
ada hikmah sebalik ini semua.
dekat sini pon ok,
dekat sana pun ok,
mungkin dekat sini lagi ok,
sebab tu diberi peluang merasa pengalaman di sini.
deal rumah dengan tuang rumah,
terpaksa cancel.
huh.
menambah kemarahan orang lain saja.
apa berlaku,
tetap dah berlaku,
biar kan berlalu.
teruskan tekad,
hasrat,
praktikum fasa 2 ni,
mesti kena usaha lebih gigih.
dok kat sini,
datang untuk mengaji,
datang memperbaiki diri,
sediakan segalanya,
untuk bekal di hari esok,
semasa meniti hari-hari seorang guru.
chaiyok tika chaiyok.
fighting!


 

salah aku atau siapa?

as salam and welcome..♥ 


saat ini,
hatiku tiada keruan,
kenapa ada juga manusia-manusia di sekelilingku
yang berperangai sebegini??
adakah mereka tidak punya perasaan?
tidak punya rasa simpati?
tidak pernah mengerti?
atau,
aku yang tidak pernah mengambil peduli!
aku yang keras hati!
yang sentiasa fikirkan diri sendiri!
tanpa mengikutkan perkara yang pasti!
tapi,
aku pasti,
tentu aku ini puncanya juga,
yang tidak pernah melihat kekurangan diri,
sehingga mereka mendiskriminasi,
antara aku,dia,kamu, dan mereka,
walaupon sebenarnya kita semuanya sama,
egois sentiasa menguasai kita,
tidak mahu mengalah,
cuba tegakkan apa yang disalah,
cuba pertahankan apa yang dibantah,
hingga antara kita menjadi rebah,
berpecah,
berbalah,
dan akhirnya tiada sebarang noktah.
 -----------------------

 
Ya Allah, 
Kau permudahkan segala urusanku.
Kau kuatkan hatiku.
Kau tunjukkan aku kebenarannya.
Ya Allah,
jika ini adalah yang terbaik buatku,
aku redha,
aku terima dengan hati yang rela,
Ya Allah,
Kau bukakan hati-hati mereka,
Kau lapangkan dada mereka,
Kau positifkan minda mereka,
jadikanlah mereka,
orang-orang yang Engkau redhai,
orang-orang yang Engkau lindungi,
perbuatannya,
kehidupanya,
fikirannya,
percakapannya,
begitu juga untuk diriku Ya Allah,
aku mohoh Engkau kuatkan aku,
jadikan aku orang yang penyabar,
tidak pendedam,
aku mohon padaMu Ya Rabbi..
amin..


 

Tuesday, June 26, 2012

sk taman bukit kempas

as salam and welcome..♥

 tika baru balik mandi hujan.
oyeaaahhh.
basah lencun satu badan.
tadi pegi kua makan dengan klasmate, 
ain dan ika.
tengah kami discuss pasal sekolah praktikum,
farhana junior satu blog, 
datang tegur kat kedai makan tuh.
kebetulan dia kata nak g bayar broadband kat kempas.
so dia ajak tika g cari sekolah tu.

rupanya ada dua sekolah yang ada nama kempas tu.
satu sk kempas,
dan satu lagi,
sk taman bukit kempas.
sk kempas dekat jugak la dengan maktab.
kalau sekolah ni,
memang dok lam maktab ja pon da untung.

sekali cari sk taman bukit kempas.
mak aihhhhh..
jauh derrrr..
dah macam kat ujung jb dah rase.
boleh kata sekolah tu dok kat jalan mati la.

nak g sekolah tu,
farhana kata ada lam 20km.
20 km tu jauh ke tak ea?
tapi tika xde transport.
memang rasa jauh.
dan lagi jauh dari sekolah dulu.
omg.
brape la sari nak tambang kat pak cik teksi ni?
dah kalau pegi balik.
darab dengan dua bulan..
mak aiiiiiiii...
oh no..
pengsan la gini..
help me.

wahai klasmate,
tolong la bersimpati.
kalian kan ada transport.
kereta tak pon motor.
g la korang jauh sikit.
jangan fikir diri sendiri boleh tak?
stress tau fikir!
 

praktikum fasa 2-1

as salam and welcome..♥

sk bukit kempas.
tapi lom dapat kepastian penuh lagi ni.
aduyai,
betul ke  ni?
jauh ke dekat sekolah ni?
lau kempas tu,
memang la dekat-dekat je dok rase.
lau la jauh,
kena dok luar la.
menyewa luar?
huh.
mana nak cari rumah sewa?
duit sewa rumah?
ahhhhhh..
sape la memandai tentukan sekolah ni.
bukan ke sem lepas
bagi pilihan sekolah?
damn!
 

cerita seorang abang - part 3

as salam and welcome..♥

baru selesai menulis skrip sehingga babak 6.
siries blank.
sebelum ni skrip yang dibuat hanya untuk pementasan secara life.
bila buat skrip untuk drama tv ni,
mak aihh..
siries blank.
jadi blur,
tak tau cam na nak combine kan satu babak ke satu babak.
macam mane nak jadikan satu babak dengan satu babak tu,
berkesinambungan,
ayookkk..
ape dah istilah untuk itu.lupe plak dah.
ape pon, harap-harap,
hari esok akan datang idea yang mencurah.
tidur dulu.
dah penat sangat rasa mata ni.
siries.
pengalaman yang sangat bes.

p/s: yeyyy..semangat buat skrip untuk drama tv ni sampai kije encik nordin kasik tak siapkan.
hikhikhik.sory encik..wat kat klas sok boleh tak?
huhu..

 

Search This Blog