Monday, January 31, 2011

stEamb0At frEE

assalamualaikum...

ni nak gitau ni..semalam dapat makan steamboat free woooo..MySpaceabang polis kot blanje..wahhh gituhhhhhhh...
haaa..yang lam pic kat atas ni la owang yang belanje tika n tunang tika..
tengok betol-betol ye,,yang pakai bju hitam tu bukan yang sebelah die tuh..yang sebelah die tu makan je tau..hihi..MySpaceowang yang belanje kitorang makan ni name pe tah..tika panggil die pokse je..singkatan name dari hasan kot..owang kelantan kan panggil hasan hase..so jadi la pokse..hihi..die kawan tunang tika..abang polis ni...jangan men2 tau ngan dia nanti kene gari..huhu.MySpace.

tika ni paling suke makan sebenanye..lagi-lagi yang free.memang la suke..haha...alang-alang ada owang nak belanje kan,,so ape lagii..jom makan steamboat free..
bes tengok kan..jemput la makan.
..tapi ni bukan la gambar yang sebenar..hihiMySpace

kedai yang kami pergi semalam tu kedai yang besa2 aje...tapi boleh la kan untuk owang yang suke makan steamboat tapi nak jimat kos..huhu..
lau nak g seol garden tu kang mahal la plak..lagi pun tak pasti halal or tak kan..so kedai ni better la kan..murah pun murah..kat kedai ni die kire per kepale..sowang 17 ringgit untuk yang dewasa..bawah 12 tahun 5 ringgit je..n bawah 5 tahun free..ok la tu kan..siap ade pakej agi,,lau kite g mkn 10 kali dapat percume skali makan woooo..bes kan tuh..


teruk betol kitorang makan kan..ni da las round ni..otengok tu,wang yang blanje,tengah cube habiskan baki-bakinye je..takut membazir la kan..mentang-mentang die blanje..haha..eh eh,,tengok tu,,pandai ke tak pakai chopstick tu..elok2 bang polis,,kang terbang plak makanan-makaan tuh..hahaMySpace.

semalam kitorang terlambat sikit je..da penuh meja..so terpakse amik meja kat lua..kedai ni baru je bukak,tapi tak sangka lak dapat sambutan yang begitu sekali...tak pe la lua pon lua la..janji boleh makan steamboat + steamboat free.hihi..sepatutnye lau tak ujan bes jugak dapat makan kat lua ni.. bawah bintang-bintang n bulan..hihi..tapi semalam hujan punye la lebat..so dapat kat tepi-tepi kedai pun jadi lah..
wajah-wajah kekenyangan..MySpace.
sempat jugak tika berp0sing ye setelah kenyang..hihi

ape pun thanks to:
  1. pokse sebab sudi belanje saya yang kuat makan ni..len kali belanje la lagi ye..jabgan serik tau..haha
  2. my DIN sebab bawa kat kedai ni..walaupun terpakse makan kat birai-birai kedai je saye tetap kenyang n suke hati setelah melantak kesemua makanan yang terhidang..huhu

ok..daaaaaa
MySpace





Sunday, January 30, 2011

bERInai...b0lEh kE tidAk yE???

salam hari minggu buat readers sekalian...
pejam celik pejam celik..da datang lagi hari minggu kan...kejap je rase...rase macam tahun 2010 baru je pergi.. ni da nak masuk februari 2011 da kan..tika pun da nak masuk 3 bulan da memegang status sebagai tunangan owang..hihi...makin lama makin dekat dengan tahun depan..
haisssshhh..
nerves semacam la plak...korang mesti faham kan kenape tika kate tika nerves..ye la,,kan da tunang, so kalau bukan pasal kawen nerves pasal ape l
agi kan..hihi...

mule-mule buka laptop tadi, tibe-tibe je rase nak tengok pic-pic tunang ari tu..
usha punye usha, tertengok la satu pic ni....
haaa..pic ni la..
pic ni tika suoh anak sdare tika, si akmal syazwan tu yang amik kan.
ni sari sebelum tika tunang..tika otw nak balik umah..nak tau sa
pe yang menconteng-conteng tangan tika ni??? haaa..ni kije sowang adik kat tesco klang la ni.hihi.. macam ni, ari tu tika nak pakai sendiri sebenanye inai ni,da bli da pun inai yang siap lam kotak tu...tapi bila balik terfikir la, macam mane nak lukis atas tangan sendiri..tak ke susah tu..hihi..
so, tika pun terfikir la nak minta owang yang pasangkan pelamin tika tu pakaikan..tapi die kate, die tak pandai..die ada bagi cadangan suoh beli sticker yang memang dikhaskan untuk pakai inai tu dekat pekan klang..oleh sebab memang keesokkan harinye tu tika n fameli semua nak ke klang nak cari fresh flower untuk hantaran, so tika pon tuka la plan dari melukis kepade menekap..menekap ke ea owang panggil??huh,, watever lah..hihi
lebih kurang macam ni la kot sticker tu..tika pon tak pasti sebab tika tak jumpe mase g cari tuh..ye la mane nak jumpe.owang suoh g cari kat pekan klang, tika cari kat tesco klang..hihi..mungkin sebab excited sangat kot..hihi..mase cari kat tesco tu ade la adik yang jual inai ni tanye tika macam ni..

adik kedai tu: akak, lau akak nak sticker tu rasenye xde kat cni.lau nak saye blh lukiskn kat tangan akak
tika: tapi macam mane nak bawa barang banyak ni..
adik kedai tu: tak pe kak..bende ni cepat kering.15 minit da boleh basuh..
tika: oh ye ke?brape kene bayar ni.
adik kedai tu: 5 ringgit je sebelah..

dengan excited nye tika pun setuju je n benarkan die menconteng tangan tika ni... tapi kalian, yang membuatkan tika nak post entri pasal inai ni sebenanye sebab tika tibe-tibe terlintas nak tau pasal hukum berinai..so tadi sambil-sambil usha pic tunang, tangan tika pon gatai la menaip pasal hukum berinai n search kat tenet ni.almaklumla tenet tengah laju ni...nak cari ape pun senang... dan tika terjumpe la satu maklumat ni..
jum pakat bace ea..penting ni..walaupun remeh kadang-kadang kita tak tau kan...


Apakah hukum berinai dan adakah berinai dengan cara membuat ukiran di tangan itu dibenarkan oleh syara‘?

Terdapat perbezaan hukum berinai bagi lelaki dan perempuan.

Pertama: Hukum berinai bagi lelaki
Berinai pada dua tangan dan kaki bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram kecuali kerana darurat seperti berinai untuk berubat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salma, khadam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya:

“Tidak mengadu seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sakit di kepalanya melainkan Baginda berkata: “Berbekamlah”, dan tidak mengadu seseorang kepada Baginda tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda berkata: “Inaikanlah keduanya”.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan sesetengah pengantin lelaki berinai di jejari tangannya adalah haram juga hukumnya.Manakala berinai pada uban dan janggut adalah disunatkan bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi bukan dengan warna hitam,kerana berinai dengan warna hitam adalah haram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhuma:

“Dibawa Abu Quhafah pada hari penaklukan Makkah ke hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan sesuatu dan jauhi (warna) hitam.”
(Hadis riwayat Muslim)

Kedua: Hukum berinai bagi perempuan.
Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.

i. Berinai yang sunat
Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.

ii. Berinai yang makruh
Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.

iii. Berinai yang haram
Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.

Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan

Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu sedikit inai pada mukanya.
Adapun berinai dengan membuat ukiran di tangan pula, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj ‘ala

“Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya.”

Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu.

Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.

Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim al- ‘Abbadi Rahimahullah.

Sumber : Mufti Brunei.



so,,,macam mane..da dapat maklumat baru ni kan,,lepass ni kene la beringat ea...rupenye xboleh ek berinai mase tunang.mase kawen tu mungkin boleh la kan..tu pun kene minta kebenaran suami kan..tapi, kan ade diberitahu tu, yang haram hye yang inai yang dicampur dengan hitam..lau tak makruh...tapi ni sumber dari mufti brunei...yang kat malaysia tika xpasti..pade rakan-rakan readers yang membace.sila komen ape pendapat anda tentang hukum berinai ni k..

daaaaaa..MySpace..

Saturday, January 29, 2011

p0sting..p0sting..


hai readers sekalian....macam mane hari anda??? bes or sebaliknye???..
hemmm..tika hari sesangat la bosannnnn...da la bosan,, keb
uluran pulak tu...pagi, petang, siang n malam...makanan santapan adalah makanan feveret dak2 asrama la...magee.....
MySpace..bes woooo..makan magee panas-pa
nas time hujan-hujan ni..hihi
hujan da beberape hari tak brenti-brenti....sangat la
sejuk..seolah-olah berada d oversea lak rase..huhu...

so, bebalik pade tajuk entri tika kali ni,,,POSTING...
dari pa
gi tika online je facebook, ade je cerita pasal posting..ye la kan..sebelum ni da bising-bising pasal POSTING ni kat kampus tika pasal senior kami yang baru je tamat blaja hujung tahun lepas...guru pelatih mane tak bising kalau tak dapat posting trus lepas habis belaja kan..ikot dalam perjanjian lepas je tamat 5 tahun setengah kami memang tak kan menganggur..tapi nasib senior-senior tika ni plak sebalikya....terpaksa tunggu berbulan-bulan jugak la nak tau dapat posting kat ne..

ape pon, tahniah kepada senior tika yang baru terime berita
baik,,diorang da dapat tau da diorang posting kat negeri mane...7hb ni plak, dapat tau la name sekolahnye...kebanyakkan yang tika tengok diorang ni dapat posting kat negeri pilihan sendiri.. yang tika perasan la 2 3 orang je kot yang dapat sabah sarawak...

haaaaaa..bab SABAH N SARAWAK ni la sebenanye yang membuatkan tika nak "membobel-bobel" dalam entri tika kali ni...kenape ye agaknye kebanyakkan guru pelatih semenanjung susah sangat nak menerima kalau dapat posting d
i negeri
dan n
egeri
???????

pelik kan..
kalau ada guru pelatih semenanjung yang nak berPOSTING kat sane pun beberape owang je kot....hemm,,tika terfikir jugak kalau tika yang berada di tem
pat senior-senior tika ni...mase isi borang posting tu, tika rase tika pon tak sanggup kot nak tick SABAH n SARAWAK sebagai pilihan pertama..yang ketiga pun tak kot...kalau pilihan yang diberi 14 pilihn mungkin la yang ke 13 n 14 tu SABAH n SARAWAK...tu pun kalau tak boleh diisi dua kali untuk satu negeri..hihi..

bukan ape,, pade pendapat tika, guru pelatih semenanjung yang ta
k nak di hantar POSTING ke SABAH n SARAWAK ni sebenanye tak nak berjauhan dengan keluarga diorang..bukannye sebab takutkan cabaran mengajar di sana..tol kan rakan guru pelatih sekalian..kalau betol,,jom jonget dengan saye..MySpace.hihi

tapi andai kate tika berPOSTING di sane walaupun tak minta, tik
a akan cube untuk terima dengan ati yang terbuka..bes jugak wooo....cube tengok pic kat bawah ni..

tengok ni..bersih,,damai,,cantik...wow..lau dapat bersantai kat tepi pantai ni...indahnye hidup rase....jadi nape kite nak takut g POSTING kat SABAH..kan bes ni..tiap-tiap ari boleh mandi pantai..(macam la lau dapat sabah kerajaan anta kat sini..huhu)..tak macam kita kat JB ni..tiap ari bersantai tepi tasik tepi padang tuh..hihi..bes tuh...tengok lak kat SARAWAK..

haaaaa....ni lagi bes..bukan je boleh g sekolah ari-ari ngan perahu atau rakit,,malah kita dengan percumanye dapat belajar menyumpit..ni tak ditambah dengan pakej baju yang dipakai tu skali ni..kan bes tu dapat merasai budaya di sana...alang-alang da naik perahu tu amik la gambar..MySpacenant post kat FB..kan da dapat jeleskan adik-adik junior yang tengah belajar kat maktab lagi tuh...hemm..so nape xnak g SARAWAK???

kite kene berfikiran positif..jangan fikir kat sana semua bende macam dalam kepale kita saje..mane tau tempat yang bakal kita berPOSTING tu lebih menarik daripada apa yang kita fikir..untung-untung jodoh kita kat sana...mane la tau kan..

JADI,,,jom kite buke minda kite n belajar terime kenyataan walau di mane pon kite perlu berPOSTING..insyAllah,, semuanye selamat..

p/s: buat senior-senior tika yang akan berPOSTING, tahniah ye..buat yang terbaik,,,,jadi la guru yang terbaik..buktikan guru-guru lepasan maktab especilly(PISMP), sebenanye mampu jadi guru yang terbaik..lau boleh bia boleh jadi guru contoh..ingat tau,,bia anak murid tertanye-tanye ke mane kite pergi kalau kite tak masuk kelas n bukan mereke bertanye kenape laaaa kite masuk kelas...okkkk...
chaiyokkkkk akak2 n abang2 senior ku...jangan kite lari dari kenyataan..MySpace

selamat berPOSTING kalian....
MySpace
daaaaaa





r0mANcE...mengimbau banyak kenangan...

terima kasih buat readers yang sudi singgah n membaca entri tika kali ni....

ROMANCE....kenape ye perkataan ni yang tika pilih untuk diceritakan pada entri kali ni???MySpace

haaaaaa,,,,yang minat dengan cerita-cerita korea mesti dapat agak kan....bila korang buka je blog tika, mesti korang akan dengar instrumental lagu yang sedey kan..MySpace.
sedeh ke???? tu terpulang kepada korang la kan nk judge instrumental ni sedey or tak..but bagi tika sedeh la..sebenanye instrumental ni dari sebuah drama korea
.korang pernah tengok tak cerita AUTUMN IN MY HEART????...yessss..cerita ni pernah ditayangkan kat tv3 lau xsilap tika,,masa tu tika sekolah rendah lagi..memang da lame cite ni tapi lagu-lagu dalam cerita ni yang touching abis la tika rase buat tika ingat sampai sekarang....tajuk instrumental ni ROMANCE..MySpace.

ROMANCE...bunyinye macam jiwang je kan...macam cinta lagu untuk cinta-cina je kan..MySpace.

oppss..jangan silap ye..walaupun tajuk nye
ROMANCE, tapi sebenanye bagi tika instrumental ni tak macam untuk owang yang sedeh bercinta je.....cube kowang dengar n tafsirkan sambil-sambil bace bobelan tika ni ye....MySpace

sebenanye ROMANCE ni mengingatkan banyak kenangan dalam hidup tika...kisah hidup tika dari kecik sampai la ke besar n lebar ni..(besar n lebar je la kot..sebab bila da umo menjangkau 21 ni owang kate tinggi kita da terbantut da..
hahaha..)MySpace

hemm..kalau nak diceritakan tentang kisah hidup tika n
i banyak sangat..berentri-entri pon tak habis lagi nih..hihi..kawan-kawan yang rapat dengan tika je tahu ceritanye..so nak promote ni,,sape2 yang berminat untuk menulis novel tapi tak dak idea jangan lupe mesej tika kay...saya sangat berterima kasih kalau ada yang nak membukukan kisah hidup saya..tanpa bayaran k..hihi..

memang setiap kali buka je blog tika akan teringat semu
a benda lah...yang paling touching mesti ingat kan arwah abang sulung tika,,tapi sebenanye, lagu ni jugaklah yang mematangkan tika...lagu ni mengimbaukan pengalaman tika n abang-abang tika.pengalaman-pengalaman tu yang mematang kami...berdikari dalam hidup sejak dari kecil sebenanye banyak manfaat kepada diri kita...so boleh katekan, ROMANCE ni macam 1 inspirasi hidup tika la...

kenangan yang macam mana tu , tika bukan tak nak ceritakan, tapi rasanya tika belum bersedia untuk cerita kat entry ni..Insyaallah di masa akan datang dalam blog tika ni, readers sekalian akan kenal tika dengan lebih dekat..ecece...macam nak je owang kenal tik
a kan..hahaha..maaf la kalian ye,, tika stil baru dalam dunia blogger ni.so kadang-kadang terfikir blog ni macam diari lak..hihi..tu yang kadang-kadang mungkin ada dalam kalangan readers yang terfikir semua entri tika lebih kepada kisah hidup tikah je..tapi tu kan terpulang pade empunye blog tu sendiri kan untuk memenuhi blognye dengan pengisian yang macam mana kan..so sesape yang sudi membace cerita tika ni terima kasih..lau boring-boring singgah la lagi ye..hihi..

ok da dulu ye..daaaaaaa.....MySpace


ni arwah abang sulung tika,, along pergi meninggalkan kami pade umonye baru 30 tahun...
along pergi menghadap Ilahi pada hari jumaat dalam bulan ramadhan, 2007..tika harap along di tempatkan dengan owang yang beriman.."along''@ ZAINERY BIN MOHD ZUKHI.. sayang along sangat-sangat..walaupun dia da 4 tahun pergi terlebih dulu tinggal tika n kuarga,tapi semangat n kekuatan die dalam hidupnya tidak pernah meninggalkan kami malah banyak memberi dorongan pade tika untuk terus belajar n bekerja untuk mase depan tika...pade yang tengah membace entri ni tolong sedekahkan al fatihah untuk arwah abang tika ye...al fatihah..
terima kasih kalian..





Friday, January 28, 2011

kEyAkiNAn mErAngKaK kE pUncAk


salam rindu buat readers yang pernah singgah di ruangan ini...
salam perkenalan buat readers yang baru singgah di sini...thanks ye kalian sebab sudi singgah jengok2..hihi..MySpace

da agak lame rasenye tak pos entri kat blog ni...sibuk la katakan..uhuk uhuk....terbatok plak..huhu..

MySpacesebena-benanye minggu ni tika terlibat ngan minggu orientasi pelajar KPLI kat cni..hem...baru jadi fasilitator da kelam kabut..xleh nak manage mase..da bgn lmbt,,da tertangguh sume kije....
hadoiyaiiiii....masalah jugak ni...sampaikan my rumate tego kot....macam ni la dialog die..tika ingat lagi..
"ni baru jadi faci da mcm ni..tak tau la kalau praktikal nanti.."..ho ho hooo...tetibe terfikir panjang..MySpace
betul jugak kate-kate my rumate nih..

oh tidak....baru je nak join faci ni sebab nk tingkatkan keyakinan diri tika ni yang tak naik-naik dari mule masuk maktab lagi nih..da prasan lak satu masalah lagi ngan diri tika nih..haddddoiii... macam mana ni....??? perlu lakukan sesuatu ni...
come on tika..chaiyok, chaiyok...MySpace...


tetibe je rase ape yang aku sedang merapu d ruangan entry nih..haha...trase seperti di mandrem la plak...hohoho,,,MySpace..ape pon i've no idea la sebenanye ni..taip je ape yang terlintas..hihi..

tapi kan..paling tidak pun, ari ni mase ngah merapu ni la tika sedar yang tika ada masalah dengan time management la plak..setelah da berjaya merangkak sikit demi sikit untuk naik kan keyakinan diri tika ni kan..huhu..berjaye kah???mungkin la kan..yang penting tika da rase kurang malu da sikit untuk bercakap depan owang yang tika xkenal dalam sesi orientasi KPLI tahun ni..yeyyyy.....MySpace

so, harap-harap lau ada pluang jadi faci lagi, nak jadi walaupun serik ngan tugasan yang tertangguh yang berlambak-lambak kat bilik ni...pengalaman ni la yang boleh mematangkan n tingkatkan lagi keyakinan diri tika untuk berdepan dengan owang ramai..lagi-lagi tika kan bakal guru...lau tak yakin n xleh berdepan dengan owang camne nak ngaja kan..

ok lah...dada didi dudu....
MySpace

ni la salah satu pic tika mase jadi fasilitator tuh..korang tengok dari gaya tika dalam pic ni kan, agak-agak korang la, confidence level tika brade kat meter yang ke brape kalau la puncak confidence level yang sepatotnya, tika analogikan dengan puncak gunung everest????..hihi...


kenangan ngan akak2 n abang2 jQAF KPLI..tika jadi faci diowang ah....papepon diowang sesangat la spotim motim..i like u olss..(curik ayat wani yang jugak faci mase nih..hihi)




Monday, January 24, 2011

i'm sOrRyyyyyy..


assalamualaikum dan salam hari isnin buat readers sekalian...
hari niiii, hari pertama untuk minggu yang ke empat tika di kampus temeggong untuk semester 3 ni. hari yang kurang menggembirakan tika seperti hari-hari yang biasa..
MySpace
hemmm....macam ne ye nak gitau kalian semua ye..sebenanye ari ni tika rase tak sedap hati..sebab tadi pagi tika rase tika dah buat seseorang tersinggung..tika pon tak tau la...MySpace

tetibe je rase nak minta maaf dengan semua orang...korang janganla fikir tika ni mengade plak tau..tapi ni adalah satu cara yang tika rasa selamat untuk sedarkan owang yang sebenaye kita tahu kite bersalah pade dia.mungkin sesetengah orang macam tika ni jenis yang tak berani nak meminta kemaafan dari orang lain secara berdepan, dan jalan yang terbaik untuk bagitau owang yang terasa tu melalui blog ni....

untuk sape-sape yang pernah terasa dengan saye saye mintak maaf ye banyak-banyak...mungkin kadang-kadang kata-kata yang keluar dari mulut saya ni membuatkan anda semua terasa hati..ye lah kan..tika nk jenis yang agak cakap lepas la jugak kan....so kadang-kadang apa yang kua dari mulut ni tika tak fikir dulu..main sembur aje..MySpacetapi sebena-benanye tika xmaksudkan pon macam tu..kalian jangan salah paham k...

p/s: buat rakan-rakan 2sekolah, 1 mrsm, 1matrik, 1 maktab n rakan2 lain, tika harap maafkan tika ye lau ada silap dan salah.walaupun kecil je silap tika tu, harap dimaafkan ye kalian.....

..kawan2 sekelas tika d ipgkti..



i'm so sorryyyy....

Sunday, January 23, 2011

dULu, kiNi, dAn sElAmANyA.....

salam sayang buat readers sekalian......hemmmm..hari ni tika da benda yang nak diceritakan dengan kalian semua tau...hari ni lepas settlekan semua kije je, tika pun online lah macam biase kan...buka je FB, tika pun macam biase la tgk kat notification tika..wowwwww..ade pic baru yang di tag lah....orang yang tag pic tika ni pon owang yang spesel dalam hidup tika..'kak nurul'..kenape dia spesel lam hidup tikah? hem senanye, kak nurul ni xde hubungan langsung ngan tikah..hubungan biologi lah kan..hihi..maksudnye tikah ngan akak nurul ni bukanla darah daging kan..tapi ape yang membuatkan die spesel sangat dalam hidup tikah ni kan sebab dia anggap tika ni macam kuarga sendiri..boleh kata macam adik sendiri la..bukan dia saja, satu kuarga dia anggap tika ni macam kuarga sendiri.. lepas tengok pic-pic yang di tag kak nurul tu, tringin la plak nak cerita kat lam blog ni..so, meh bace bobelan tika ea...

haaaa...sebenanye tika ni dilahirkan di alor setar, kedah..lau nak di'spesific'kan lagi tika ni dilahirkan di Taman Wira Mergong..lahir kat rumah la kirenye tika ni..hihi..ta
k t
au la nape..mungkin tika da tak sabar-sabar nak kua tengok mak tika kot masa tu.tu yang sampai tak sempat nak gi hospital kot..hihi...tika dibesarkan kat situ sampai la 10 tahun.lepas tu baru la tika n kuarga berpindah ke kelantan..balik kampung mak la plak..da lame la katekan dok kat kampung abah ni..hihi..

nak dijadikan cerita, dari kecik lagi tika tinggal kat umah pengasuh time mak tika kerja..nak tau pengasuh tika sape???haaaa.,,,kuarga kak nurul la yang menga
suh tika masa tuh..hemm..tika rasa tak bes panggil pengasuh sebab tika tak anggap diorang macam pengasuh tika.tika anggap diorang ni maaaaaaacam kuarga tika sendiri...dari umur tika 2 bulan kot lau tak silap sampai la 10 tahun tika dok ngan kuarga kak nurul ni..yang jaga tika ni tika panggil tok...tok ni kirenye mak kak nurul ni la...tapi lepas je pindah kelantan tika jarang da sket balik kedah...jadi sakarang ni tika menetap d kelantan la..walaupun da tak tinggal kat sana lagi, tapi tika stil anggap kuarga tok som n kak nurul ni macam kuarga sendiri tau..tapi mungkin sebab jauh sangat jadi tika jarang pulang ke sana...kadang-kadang tika sedih sangat.tapi ye la nak wat cam na.lau tika da kije da besar boleh la selalu pegi kan..hem xpe la, yang penting dalam ati tika ni tika tau tika sayaaaaannnnggg sangat kat diorang semua terutama tok..tika sayang die kan lebih dari tika sayang tok tika sendiri tau.betapa rapatnye kami kan...

p/s: buat tok som dan kuarga, maafkan kakak lau kakak jarang balik tengok tok n
kuarga.tapi tika nak kalian tau yang tika sayanggggg kalian semua macam dulu..

hem lupe lak nak cite pasal sekolah,,mase kat kedah dulu sekolah yang pertame tika g mestilah mase umo tika 6 tahun kan..mase tu tika masuk tadika kemas..masi
h ingat lagi cikgu bayah yang aja tika mase tuh..lepas tu tika sambung pengajian tika ni kat tempat lain plak,,,hihi..(macam nk sambung kat u la plak rasenye) ok tika sambung belajar kat sekolah kebangsaan suka menanti..sekolah ni jauh sket dari umah.so pagi2 tok akan hanta tika naik bas kat hujung lorong perumahan umah tika ni..awal gile mase tu g sekolah.kul 6.30 da p wooo....dulu boleh plak bangun awal.tapi sekarang sush plak..tika plik jugak..hihi..tapi mungkin mase dulu tu tok som yang gerakkan pagi-pagi kot,,hihi...sampai la darjah 4.tika pindah kelantan dan sekolah dekat sekolah kebangsaan long gafar,pasir tumbuh.kat sini tika sekolah 2 bulan je..tak tahan le sekolah ni..dak-dak semua pandai-pandai.tika dok kat kelas no 2 bila masuk cni..ada 4 kelas semuanye kat situ.campur dengan perasaan takut lagi dok tempat owang kan..ye la, susah tau nak sesuaikan diri dengan negeri baru...dengan dialek kedah tika yang pekatnye nak tukar ke dialek kelantan..pehhhh..xbleh tahan la.time nak bercakap dengan kawan n cikgu tu..mak aiiiii..sesangat la susah..ala-ala itik cakap ngan ayam gitu..paham sikit je..lepas tu tika pon pindah n bersekolah dekat sekolah yang lebih dekat dengan kampung tikah....kali ni tika sekolah dekat sekolah kebangsaan kampung sepulau..kat sekolah ni la tika rasa banyak gak la kenangan tika yang bes-bes...masa kat sini tika dpat jadi pengawas, penolong ketua pengawas n yang paling bes tu tika dapat melancong free-free ke langkawi..sebabnye tika jadi pemain terbaik bola jaring mase pertandingan sukan elite kat kelantan..bes wooo...hihi..lepas tu dapat 5 A skali lagi boleh melancong free kat kl...hihi..2 mase kecik-kecik dulu la kan..jakun gile bile owang bawa g tempat tuh..hihi..

lepas je upsr, tika masuk sekolah menengah kebangsaan kamil.2 pun jap je..lepa
s 2 bulan macam tu la, tika masuk mrsm kuala krai..tika dapat sekolah ni dengan 2 orang lagi dak sekolah rendah tika..sampai form 5 kat cni..n then, tika msuk matrik tangkak, johor jap.bila da dapat masuk maktab tika terus kua matrik n tadaaaaaa...pejam celik pejam celik da dekat 3 tahun tika kat cni...jap je rase.macam baru semalam je kuar mrsm tuh..hihi...

papepon skearang tika da kat maktab..semua benda yang lepas tika kene lupe kan la kan..ingat tujuan baru tika nak jadi cikgu....kene blaja betol2 kat cni timba ilmu
banyak2 kat cni..sebabnye tika blajar sekarang bhukan macam tika blaja kat sekoalh dulu lagi.dulu xpe tika blaja untuk exam je..hihi...terkantoi suddaaaa,,,,tapi sekarang ni tika kene blaja untuk ajar owang lain plak kan.jadi kene betol2 paham la.xnak la nanti ajar ilmu sesat lak kat anak murid..hiihii...

alang-alang da ada pic mase kecik-kecik dulu tikah nak tunjuk la kat kalian semua ea.lau yang lucu-lucu tu jgn glak ye..senyum je ta
u..hihi...

ni tak tau la sape yang amik pic ni atas moto sape tah..da lupe..yang penting tgk rambut tu..hihi..hebatkan...ada macam anak bosnia x?sebab kak nurul kate macam anak bosnia je..huhuhu..


ni pic mase befday tia..mase ni kak wani,(adik kak nurul) bawa tika g kfc..celebrated kat sane..hihi..ciap pakai lihpstik lagi kot mase ni..dari kecik kuat melawa (owang kelate kati jangok)....hihi..


ni pagi-pagi sebelum g sekolah...sempat lagi posing..


tika, mak n abang no 2..angah tika...tak tau la nape ngan pic ni.rasenye kene air kot tu yang kembang sikit 2 kaler pic ni...tengok la ni kije tika mase budak2 dulu..rase diri ni kreatif sangat kot, tu yang abis gunting gambar tu..hihi


ni palk kat umah tok som..yang riba tiakh ni idzoh namenye.tikah pgl die cik..die kakak akak nurul..dulu mase dok umah tok som tika paling rapat dengan die la.tido ngan die la..hihi..


haaa ni la tok som...walaupun bukan nenek kandung tika tapi tika anggap maaaacam nenek tika sendiri..mis her so muchhhh....

ok...nant nex entry tika upload pic lain plak ye...daaaa...



Search This Blog