Wednesday, July 11, 2012

definisi - permainan kecil

as salam and welcome..♥

 
Bermain merupakan perkara yang paling digemari oleh kanak-kanak. Bermain merupakan proses semulajadi dan spontan. Bermain adalah kerja kanak-kanak yang dapat mengahsilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain juga dapat membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan dan perkara yang menyeronokkan. Bermain juga tidak dianggap sebagai satu bebenan kepada mereka malahan ia merupakan satu kepuasan. Melalui aktiviti ini juga, kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan proses ini dikenali sebagai proses pembelajaran tidak formal.
Permainan kecil boleh melibatkan kordinasi motor kasar atau kordinasi motor halus. Kordinasi motor kasar melibatkanpergerakan otot besar seperti melompat, berlari dan lain-lain kordinasi motor halus melibatkan pergerakan otot kecil seperti menggunting, melipat dan lain-lain. Antara ciri-ciri permainan kecil ialah melibatkan kemahiran asas, mempunyai peraturan yang minimum, menggunakan peralatan yang sedikit, menggunakan ruang yang kecil atau sederhana serta mudah dijalankan.


 

No comments:

Post a Comment

my ♥,,,

Search This Blog