as salam and welcome..♥
TAJUK 1
|
(SEJARAH PERKEMBANGAN
LINGUISTIK)
|
Sinopsis
- Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.
- HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyusur galur sejarah
perkembangan ilmu linguistik.
2. Menghuraikan sejarah ilmu linguistik
zaman Yunani, Iskandariah, Rom,
Arab, India hingga zaman moden abad ke 20
Tahukah anda
bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik,
kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang
berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik
dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan
kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini
telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa
adalah berdasarkan bukti dalam bentuk
catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.
1.1 Zaman
Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom
Dalam sejaran
ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa
ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani
merupakan satu tamadun terawal yang
wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan
tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik.
Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi.
Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka
tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah.
Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum
masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah
yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu
Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat
dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu
murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal
pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui
karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus.
Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu
antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar
dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa
bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah
ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu
berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa
yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan
fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai
penerangan kepada perbuatan.
Ilmu
linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi
dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung.
Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang
diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem
kala atau tense dalam bahasa Yunani.
Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat,
khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai
suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek
tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang
menjadi subjek logika.
Secara
umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih
tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak
logik dan bukannya saintifik.
Kita telah
selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani.
Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada
abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi
pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan
bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut
mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan.
Para sarjana turut memperkenalkan bidang
sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada
turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.
Sekarang kita
akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah
mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa
mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika
dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa
daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan
bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan
mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.
1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman
India
Sekarang kita
akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang
dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka
bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan
ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan
mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu
tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada
fungsi kesusasateraan.
Anda harus
ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam
bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan
ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan
satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.
Sekarang mari
kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini bahasa
berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini
disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada
zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin
mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya
perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta
terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.
Perbincangan
seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini
bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu
linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada
kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik,
morfologi dan sintaksis.
Tahukah anda
bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa
pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik.
Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang
sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki
perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.
1.3
Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden
Untuk
pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik
moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang
baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan
bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa
dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui
peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.
Tahukah anda
bahawa kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua
bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di
dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa
berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.
Sebagai
mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah
perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa
pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik
huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis
dan diakronis. Para pengkaji turut mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa
adalah baka dan satu fenomena sosial.
Tugasan:
Buat catatan
nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum
masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukkan anda faham apa
yang dibincangkan.
Bincangkan
sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga
kini.
TAJUK 2 : PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK
|
Sinopsis
Tajuk dua
ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu
pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure.
Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada
perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.
Hasil
Pembelajaran
(i)
Menghuraikan
aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman
(ii)
Menghargai
sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga
zaman moden
(iii)
Membuat
banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik
Kerangka Tajuk
Hasil
pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa
Linguistik Moden”
Hasil
pemikiran Bloomfield telah menghasilkan teori behaviourisme
Hasil
pemikiran Edward Sapir dapat diterokai melalui bukunya bertajuk Language (1881)
1.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang
Linguistik
·
Edward
Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari
Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran
manusia dari aspek psikologi.
·
Beliau
berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Kesimpulan
kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan
sturktur pemikiran manusia.
·
Menurut
beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat arbitrari
untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Language berbeza
dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa
dari segi fungsinya dalam masyarakat.
·
Rumusan
hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa akan sentiasa
berubah.
1.2 Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam
Bidang Linguistik
·
Bloomfield
(1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme
yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa.
Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh
mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di
dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan.
·
Rumusan
beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan
atau stimulus, maka bahasapun dapat
dilahirkan sebagai gerak balas atau respons
terhadap rangsangan itu.
·
Beliau
juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Beliau
memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang
menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan
dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933).
1.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam
Bidang Linguistik
·
Ferdinand
de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama mengasaskan ilmu linguistik
moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep
dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.
·
Dalam
sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan
dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang
berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis
mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa
dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubahan yang
dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.
·
De
Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’ dan
‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri
bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.
·
Ketokohan
beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada
tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha
pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah
sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris pada tahun 1959.
Tugasan :
Buat banding
beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield.
Huraikan
dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme
terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.
TAJUK 3: BIDANG LINGUISTIK
|
Sinopsis
Tajuk
tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu
Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik
Perbandingan serta Linguistik Kontekstual.
Hasil Pembelajaran
(i)
Menghuraikan
tentang bidang ilmu linguistik
(ii)
Menghuraikan
linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan
linguistik kontekstual
(iii)
Membincangkan
bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa.
Kerangka Tajuk
Pengenalan
kepada bidang-bidang ilmu linguistik
Linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa
Perbandingan
antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa
Kepentingan
linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik
3.1
Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan
·
Linguistik
umum disebut juga sebagai linguistik
am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.
·
Linguistik
gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.
·
Linguistik
gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan
psikologi.
·
Linguistik gunaan ini ialah satu cabang
linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian
linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.
·
Deskripsi
bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula
digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa
asing.
·
Linguistik
ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan
bahasa.
·
Antara
kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan
bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.
·
Ada
aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu
terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan
linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.
·
Perkara
yang dikendalikan dalam bidang ini ialah
pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.
·
Menentukan
sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah
tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.
·
Linguistik gunaan ialah bidang yang
mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran
bahasa.
·
Pengenalan
linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha
untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai
sains gunaan.
·
Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran
bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan
sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.
3.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik
Perbandingan
·
Linguistik perbandingan
(asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah
yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah
antara bahasa-bahasa itu.
·
“Perhubungan"
membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan
bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan
perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan
itu.
·
Teknik
asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem
fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.
·
Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua
bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan
perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau
morfologi, dijangka amat tetap.
·
Jika
bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat
hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.
·
Kaedah terawal untuk jenis ini ialah
glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh
ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata
teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa
yang dibandingkan.
·
Kaedah
glotokronologi mencadangkan penggunaan
formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.
·
Terdapat
juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang
bukannya sebahagian linguistik perbandingan:
·
Tipologi bahasa membandingkan bahasa
supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri.
·
Linguistik
hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara
penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam
kata-kata pinjaman.
·
Cabang
kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu
bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman
kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.
·
Bidang ini juga mengkaji
perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa.
·
Kajian
tertumpu kepada lebih dari satu zaman.
·
Kajian perlu dilakukan secara sinkronik
iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat
tertentu.
·
Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat
perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam
bahasa tersebut.
·
Linguistik
sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk
memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui
masa.
·
Bidang
ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asal usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuan linguistik histori
adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga
kini.
·
Linguistik
perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara
bahasa yang sekeluarga. Tujuan
Linguistik perbandingan adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan
antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk.
·
Perbandingan
dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang
dibandingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan
linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang
aspek-aspek yang dibandingkan itu
3.3 Linguistik Kontekstual
• Linguistik
kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin
akademik yang lain.
Sedangkan linguistik
teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang
linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.
•
Sosiolinguistik,
linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn
mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada
keseluruhannya.
•
Analisis
wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan
linguistik.
•
Psikolinguistik
dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik.
Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa,
linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.
Tugasan:
1. Buat perbandingan
antara linguistik sejarah dengan linguistik perbandingan.
2. Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam
pengajaran bahasa.
Tajuk 4: LINGUISTIK KONTEKSTUAL
|
Sinopsis:
Tajuk empat ialah tajuk
yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin
akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa
semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin
mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.
Hasil Pembelajaran:
1.
Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat.
2.
Mengenalpasti aspek-aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa dalam
fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan masyarakat.
Linguistik
Kontekstual
Menurut J. Lyons,
1968 ;
Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara
saintifik
Menurut Kamus Dewan (edisi keempat),
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005);
Linguistik ialah-
1. Kajian saintifik tentang bahasa.
2. Berkaitan dengan bahasa.
Menurut Kamus Dwibahasa (1981);
Menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu
bahasa.
Menurut John Lyons (1968);
Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang
dilakukan secara saintifik.
Definisi
kontekstual:
Menurut Kamus Dewan (edisi keempat),
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005);
Kontekstual ialah-Berkaitan dengan atau menurut konteks:
penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera.
Kontekstual membawa pengertian:
1.Yang berkenaan, relevan, ada
hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.
2.Yang membawa maksud, makna
dan kepentingan (meaningful).
Ø Linguistik kontekstual ialah bidang
yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin
akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa
semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin
mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.
Sosiolinguistik
Sosiolinguistik
adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya
dalam masyarakat.
Cenderung
berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya
dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat.
Merupakan
satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-macam perkara
seperti fungsi bahasa, peranan bahasa,
penerimaan istilah akuntasi dalam kalangan ahli ekonomi, kata sapaan yang
ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak
sosial antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa,
pelacakan bahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosial
melalui grafiti, mantra dan pelbagai
istilah lain lagi.
Pada
prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek
bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial,
kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu.
Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian
antara bahasa dengan masyarakat.
Fungsi linguistik memperkatakan tentang
perkara-perkara seperti perbandingan di antara
bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi, iaitu satu
perihal yang melibatkan apa yang
dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti sesebuah negara.
Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji
berbagai bahan sosio-budaya yang berhubung
dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang
berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek
dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan
oleh perihal taraf pemakai-pemakainya.
Pengertian Antropologi
Menurut etnologinya
kata antropologi berasal dari kata yunani “Antropo” yang bererti
manusia dan “logy” atau “logos” bererti ilmu yang mempelajari.
Antropologi Linguistik
v Satu
cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati
bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.
v
Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang
yang dikatakan memberi penumpuan
kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan
kumpulan-kumpulan etnik.
v
Salah satu cara atau kaedah yang dapat
digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara
terperinci adalah participant
observation.
v
Participant observation merujuk kepada
seseorang yang dihantar kepada
sesuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadang-kadang membawa kepada perkahwinan
dan jangka masa yang lama.
Linguistik Antropologikal
Mengkaji
hubungan di antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek kehidupan penutur
yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem
nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.
Latihan:
1. Huraikan
cabang-cabang linguistik kontekstual.
TAJUK 5 : STILISTIK
|
Sinopsis
Tajuk 5 ini melihat
variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan
oleh seorang penutur, Perlakuan bahasa bergantung kepada keadaan dan
partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula
daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal.
Hasil
Pembelajaran
1. Mengenal
pasti prinsip-prinsip stilistik.
2. Melihat bagaimana keberkesanan
stilistik mempengaruhi bahasa.
Stilistik
Menurut
Abdullah Hassan (1990)
n
Stilistik atau sylistics
adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau
penggunaan bahasa
n
Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan
n
Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan
diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana
pengucapan.
n
Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya
ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.
Stilistik dari
sudut Sastera
n
Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada
penggunaan bahasa.
n
Cabang linguistik gunaan atau terapan.
n
Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya
bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik.
n
Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)-stilistik
meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha
menemukan fungsi estetik.
Pengenalan am
Stilistik Bahasa.
n
Bermaksud
bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh
seorang penutur, khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu
pertuturan.
n
Perbezaan
dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada
bentuk yang agak formal.
Prinsip Stilistik
n
Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca
kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu
anugerah dan bakat seseorang penulis.
n
Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang
bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang.
n
Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian
bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.
n
Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek
tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural.
n
Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk
kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.
n
Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah
difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.
n
Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil
memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis.
n
Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai
penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu
penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau
idiosinkrasi penulisnya.
n
Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan
oleh beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian
penulis
n
Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian
terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.
n
Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu
terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan.
n
Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek
kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai
oleh pengkaji atau peneliti.
n
Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka
memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan
oleh pengarang.
n
Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau
tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya
atau stail bagi seseorang penulis.
n
Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan
penelitian tentang penghasilan sesebuah karya.
n
Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai
keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.
n
Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik
ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong
seseorang itu berkreatif.
n
Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan
untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk
menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah
karya.
n
Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu
bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan
dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa
yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.
Latihan:
1. Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu
mempengaruhi kehidupan masyarakat.
TAJUK 6: SIFAT
BAHASA
|
Sinopsis
Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat
bahasa menurut Teori Noam Chomsky
Menurut Teori Noam Chomsky. Bahasa apa pun di
dunia ini mempunyai
sifat-sifat yang tersendiri.
Hasil Pembelajaran,
1. Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat.
2. Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu.
1. Bahasa sebagai satu sistem
•
Bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam
bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan , nahu atau bentuk sintaksis.
•
Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi
satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat, kata).
•
Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan,
melainkan mengikut cara-cara tertentu.
•
Sistem yang dimaksudkan ialah aturan.
•
Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa.
•
Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing.
•
sebagai contoh :
BAHASA MELAYU
- buku itu
- sebuah buku merah
- pensel ini
BAHASA INGGERIS
- that car (kereta itu)
- three red books (tiga buah bukuyang merah)
- the beautiful book (buku yang cantik itu)
2. Bahasa
bersifat dinamis
•
Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya
bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain.
•
Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan
manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata
sesuatu bahasa itu.
•
Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak
berubah.
3. Bahasa itu bersifat arbitrari
•
Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau
lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan
ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat.
•
Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang
dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan.
•
Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati
tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama.
Sebagai contoh:
•
dalam
Bahasa Melayu itu dipanggil “pintu”
•
dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door”
•
“puerta” dalam Bahasa Sepanyol.
4. Bahasa sebagai alat berkomunikasi.
•
Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di
sampaikan oleh penutur kepada pendengar.
•
Faktor yang mengubah bahasanya.
–
pendengar : orang yang dilawan bercakap.
–
tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat, termasuklah benda-benda
yang berada di sekitarnya.
–
butir pertuturan : tajuk
percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.
5. Bahasa mempunyai makna
•
Makna
bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan.
•
Sesuatu
perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.
6. Bahasa itu linear
•
Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan
pergerakan alat-alat artikulasi satu demi satu.
•
Sebagai contoh untuk menyebut kalam , bunyi-bunyi
yang dihasilkan ialah ‘k’, ’ a’, ’l’, ’a’, dan ‘m’.
•
Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan
disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi.
Latihan:
1. Dengan memilih
contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas.
TAJUK 7 : VARIASI BAHASA
|
Sinopsis
Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk
bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa
ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya,
makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya.
Hasil
Pembelajaran
1. Menghurai
dan menjelaskan variasi-variasi bahasa.
2. Melihat
pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat.
Variasi Bahasa.
Variasi bahasa
bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama
berdasarkan situasi tertentu
Variasi
bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara
semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu
kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza.
Halliday
(1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :
Pengguna
– orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan
Penggunaan
– kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu
digunakan.
Aspek ini
lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya
perbandingan fitur antara dua bahasa.
Variasi
bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan
tatabahasa.
Bahasa
ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah
penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula
perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.
Demikian
juga halnya dengan Bahasa Melayu. Dalam konteks Malaysia, di Semenanjung
Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek
Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.
Bahasa
ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah
penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula
perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.
Demikian
juga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung
Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan,
Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.
Demikian
juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor
sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan
sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya.
Hakikat
bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa.
Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu
atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan
bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada
satu keseluruhan.
Daripada
beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili
bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk
sifat umum bahasa tersebut.
Dalam
bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara
menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku.
Bahasa
Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai
dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Tujuannya supaya mudah
difahami.
Tiap-tiap
pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit
sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa melayu umum, yang dari segi
sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.
Variasi
ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang
digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi
seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.
Terdapat
3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.
Variasi Bahasa (Dialek)
Perkataan
'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos'
iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa
Yunani pada waktu itu.
Dialek
merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh
pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi .
Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.
Dialek
ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan
penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.
Dialek
mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza
daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan
penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk
dianggap sebagai satu bahasa yang lain.
Dialek
kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu
kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang
Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina,
Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.
Bahasa Isyarat
Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan
komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk
berkomunikasi.
Kaum
tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanya dengan
mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh,
serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.
Bahasa
isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.
Bahasa
isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama. Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki
bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign
Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang
memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.
Biasanya
bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti
bisu dan pekak.
Ini
adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain.
Golongan
pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM),
yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak
memahami bahasa berkenaan.
Persekutuan
Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language
(MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop
mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.
Latihan:
Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi bahasa yang
digunakan dalam cerpen tersebut.
terima kasih kerana banyak ilmu yang saya dapat daripada tulisan saudari mengenai linguistik.Saya ingin mencari bahan mengenai kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan oleh pelajar. Jika saudari ada bahan saya ingin membacanya dan berkongsi ilmu ini.
ReplyDeletesama-sama. maklumat ini bukan la penulisan ilmiah saya sejujurnya. sekadar berkongsi dengan pembaca. setakat ini saya belum mempunyai bahan tenttang kesalahan tatabahasa. insyAllah saya akan cuba berkongsi jika ada.terima kasih atas kunjungan.
ReplyDeleteterima kasih ianya amat banyak membantu saya
Deletethx 4 sharing.. sangat berguna..
ReplyDeletemohon shared...trima kasih atas perkongsian..assalamualaikum
ReplyDeletetrima kasih atas perkongsian...
ReplyDeletewasalam. sama-sama..semoga bermanfaat..
ReplyDeleteThanks 4 da info...appreciate it...:)
ReplyDeletesaem jakie ko ni? bagus2.. thanks
ReplyDeleteho saem jakiela ni.dey la skelah nga dio dua tahun. so maktab nga dio ko? kem sale ko dio deh..tq singgoh blog.huhu
ReplyDeletesalam..akak , mcm mana saya nk dptkan rujukan tentang "Sumbangan terpenting ahli2 linguistik terkemuka timur tengah & eropah terhadap perkembangan ilmu fonetik ?
ReplyDeletewasalam annur.. kalausumbangan ahli2 linguistik timur tengah & eropah boleh rujuk dalam nota ni dalam tajuk 1.tapi kalau yang berkaitan fonetik mungkin tak ade. cuba lihat dalam modul fonetik dan fonologi.mungkin membantu.akak pon tak pasti dik.kalau modul tu bmm3108..
ReplyDeletesalam.mohon share.tq
ReplyDeleteAzaidi, u dah siap ke kerja kursus,klau tak saya sedia membantu .call saya 0139791552
Deleteterima kasih byk2
ReplyDeleteterimakasih byk bantu buat assigment
ReplyDeletesama-sama
ReplyDeleteTerima kasih kerana saya berkongsi ilmu dengan tuan punya blog nih... sanagt berguna..
ReplyDeleteTksih tidak terhingga dgn prkongsian ilmu ini yg sgt brguna kpd pelajar spt saya..
Deletekalau ada masalah tetang kerja kursus sms saya, saya sedia berbincang.nn 0139791552
Deleteterimakasih banyak baut puan yang punya blog nich, saya orang Indonesia tapi ngerti dikitlah mengenai bahasa malaysia.. lama aku cari buku masalah sosiolinguistik melayu di Indonesia, tapi sayang kagak ada.. alhamdulillah blog puan ada n bisa membantu buat tulisan akhir (SKRIPSI) kuliah saya di Indonesia..
ReplyDeletesalam, Anonymous, tidak nama awak ni selalu saya lihat dalam blog dan wb kementerian Kesihatan.Tidakkah awak ni dah kerja dengan goverment?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteilmu ini sgt berguna, terima kasih tika...
ReplyDeleteTQ, SEBANYAK-BANYAKNYA.
ReplyDeleteTQ, SEBANYAK-BANYAKNYA...............
ReplyDeletesama-sama semua.terima kasih kembali atas singgah di blog ini. semoga perkongsian ini bermanfaat.insyAllah..
ReplyDeleteSalam.saya sedang ikuti kursus PPG di IB. semester 4 sekarang. Boleh kongsikan bagaimana cara nak buat refleksi yang baik?
ReplyDeleteDah banyak kali tulis, macam tak puas hati.. Terima kasih.
Salam. Saya ikuti kursus PPG di IB. semester 4. Boleh berkongsi bagaimana untuk membuat refleksi yang baik. Dah banyak kali buat seakan tak memuaskan. Terima kasih.
ReplyDeleteSalam.saya sedang ikuti kursus PPG di IB. semester 4 sekarang. Boleh kongsikan bagaimana cara nak buat refleksi yang baik?
ReplyDeleteDah banyak kali tulis, macam tak puas hati.. Terima kasih.