Thursday, June 21, 2012

contoh kertas kerja perkhemahan ppim sekolah rendah

as salam and welcome..♥

SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA
81900 KOTA TINGGI JOHOR

 PERKHEMAHAN
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
TAHAP 2 (2011)

 TARIKH :

23 HINGGA 25 SEPTEMBER 2011

 TEMPAT:

PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA,
81900 KOTA TINGGI, JOHOR.

ANJURAN :

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA
81900 KOTA TINGGI JOHOR

PERKHEMAHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM

TAHAP 2 SK PETRI JAYA

 1.         RASIONAL
Perkhemahan Unit Beruniform (Pergerakan Puteri Islam Malaysia) merupakan aktiviti pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform  SK  Petri Jaya, Kota Tinggi Johor. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid sekolah dalam aktiviti perkhemahan di samping menyemai sikap dan nilai kerjasama dan berdikari dalam diri murid-murid sekolah rendah. Selain itru, aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.
  
2.         OBJEKTIF
 Di akhir perkhemahan ini, murid-murid akan dapat:

             3.1    Memberi peluang kepada murid-murid merasai pengalaman dalam menyertai perkhemahan.
             3.2    Membentuk murid-murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
             3.3    Melatih murid-murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.
             3.4    Melahirkan murid-murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
             3.5    Memupuk semangat bekerjasama antara ahli kumpulan.
             3.6    Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, intelek, rohani, emosi dan sosial.

 3.         MASA DAN TARIKH
Tarikh : 23 hingga 25 September 2011 (Jumaat hingga Ahad)
 
4.         TEMPAT
            Padang Sekolah Kebangsaan Petri Jaya,
81900 Kota Tinggi, Johor.
 5.         PESERTA
30  orang murid  Pergerakan Puteri Islam Malaysia Sekolah Kebangsaan Petri Jaya.
 6.         PENSYARAH PENASIHAT  DAN AJK
Guru Penasihat PPIM Sekolah Kebangsaan Petri Jaya seramai  4 orang.
 7.         SUMBER KEWANGAN
            Peruntukan Sekolah Kebangsaan Petri Jaya.
 8.         ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.
Perkara
Kuantiti
Harga
(RM)
Kos
Perbelanjaan
Jumlah
1.
Makan bagi 30 orang murid

30

RM 8.00

30 x RM 8.00 x 3 hari

RM 720.00
2.
Makan bagi 4 orang guru

4

RM 10.00

4 x RM 10.00 x 3 hari

RM 120.00
3.
Hadiah



RM 150.00
4.
Sijil Penyertaan
30
Sumbangan Sekolah
JUMLAH
RM 990.00
 9.         JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung :               Tuan Haji Isa Bin Salleh
                  
                              (Guru Besar SK Petri Jaya)

Ketua  Perkhemahan: Encik Ramli Bin Abu Samah

                           Guru  Penolong Kanan (Kokurikulum)

Guru Penasihat  :   Norliza Binti Abu  ( Ketua)
                               Fauziah Binti Mohammad
                               Maimunah Binti Haji Dawam
                               Roziah Binti Ali Rostam

Pengerusi                             : Nurul Huda Binti Muhammad
Naib pengerusi                    : Rabiatul Aina Binti Rosli
Setiausaha                           : Aimi Hazwani Binti  Abdul Kamal
Bendahari                             : Syaza Zinnirah  Binti  Ismail

AHLI JAWATANKUASA

AJK Makanan                       : Fatin Fatihah Binti Amir (Ketua)
                                              Farah Najwa Binti Kamaluddin
AJK Kerohanian                  : Nur Ilyana Athirah Binti Abdullah ( Ketua)
                                              Nur Alya Binti Musa
AJK Hadiah dan Sijil           : Nor Izzati Binti Hashim
                                              Hani Khalisha Aishah Binti Azman
AJK Disiplin                          : Nur Azira Binti Ammar (Ketua)
                                              Ain Natasha Binti Shahrol Haizat
AJK Peralatan                     : Puteri Balqis Batrisyah Binti Maarof (Ketua )
                                             Hanifah Hafizah Binti Ahmad Tarmizi
AJK Kebajikan                      : Aisyah Humairah Binti Isa (Ketua)
AJK Pertandingan               : Haidatul Hafizah Binti Ahmad Tarmizi (Ketua)
                        
 
10.       ATUR CARA PEKHEMAHAN

HARI PERTAMA (Jumaat  23 September 2011)

12.00 – 01.00   ptg               Pendaftaran, Taklimat dan membina Khemah
                                               Aktiviti 1 - ”Jalinan Silaturahim”
01.00 – 02.30   ptg               Pengurusan diri, makan dan solat
02.30 – 04.00   ptg                           Gajet ikatan dan simpulan
04.00 – 05.00  ptg                Tatacara perjumpaan dan kawat kaki
05.00 – 09.00   mlm             Pengurusan diri, makan , solat dan tazkirah
09.00 – 11.00  mlm              “Ice Breaking : Menuju Impian Dunia dan
                                               Akhirat ”
11.00 malam                         Minum malam dan tidur 
                                               
HARI KEDUA  (Sabtu 24 September 2011)

05.00 – 07.00   pagi             Qiamullail
                                                Solat subuh/ tazkirah         
07.00 – 07.30   pagi             Senaman / riadah /tatacara perjumpaan
07.30 – 09.00   pagi             Minum pagi dan pengurusan diri
09.00 – 12.00   pagi             Ikhtiar Hidup –  Pertandingan Masakan Ala
                                               Rimba
12.00 – 02.00   ptg               Pengurusan diri /makan tengah hari dan solat
02.00 – 04.00   ptg               Pertolongan Cemas
04.00 – 05.00   ptg               Tatacara Perjumpaan  dan Senam Robik Zikir
05.00 – 09.00   mlm             Pengurusan diri, makan dan solat dan tazkirah
09.00 – 10.30   mlm             Malam  ” Kebudayaan ”
10.30 -  11.00  mlm              Minum malam          
11.00 malam                       Tidur dan jaga malam



HARI KETIGA  (Ahad  25 September 2011)

05.00 – 07.00  pagi              Solat subuh pengurusan diri
07.00 – 07.30  pagi              Senaman pagi
07.30 – 08.30   pagi             Sarapan
08.30 – 10.30  pagi              Aktiviti “ khidmat Masyarakat “
            10.30 – 11.30 pagi                 Pengurusan khemah 
            11.30 -  12.00 tgh                  Refleksi dan Majlis Perasmian Penutup
            12.00 – 01.00 ptg                  Makan tengahari
                                                           Bersurai (pulang ke rumah masing-masing)

 11.   TUGAS JAWATANKUASA PERKHEMAHAN

TUGAS AHLI JAWATANKUASA MAKANAN

  1. Memastikan para peserta perkhemahan mendapat makanan yang disediakan pihak pengurusan.
  2. Memastikan pinggan dan cawan yang digunakan disusun di tempat yang betul setelah digunakan.
 TUGAS JAWATANKUASA KEROHANIAN

1.    Memantau dan memastikan semua peseta perkhemahan menunaikan sembahyang berjemaah (kecuali uzur) dan mengikuti tazkirah.

TUGAS JAWATANKUASA HADIAH DAN SIJIL

1.    Menyediakan tempat untuk menyusun cenderamata
2.    Menyediakan dulang, alas meja, bunga dan sebagainya untuk hiasan.
3.    Membantu dan menyelaraskan tugas dan tanggung jawab di atas pentas dengan pengerusi, pengacara majlis penutupan rasmi dan jawatan kuasa pertandingan

TUGAS JAWATANKUASA DISIPLIN

  1. Membantu guru memantau peserta perkhemahan.
  2. Sentiasa mengingatkan, memberi teguran  kepada peserta perkhemahan sepanjang perkhemahan.
  3. Melaporkan kepada guru penasihat  yang bertugas jika perlu.
 TUGAS JAWATANKUASA PERALATAN

  1. Membantu guru menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan sepanjang perkhemahan.
  2. Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti dan pertandingan yang dijalankan semasa perkhemahan.
  3. Menyemak peralatan sebelum pergi dan semasa memulangkan.
  4. Membantu guru penasihat mengemas, menyusun peralatan ke dalam bas/coaster semasa pergi dan balik.
  5. Membantu guru penasihat memastikan semua peralatan bersih/dibersihkan sebelum disimpan semula dalam stor.
  TUGAS JAWATANKUASA KEBAJIKAN

1.   Menolong guru penasihat menjaga kebajikan peserta perkhemahan.
2.   Membantu peserta perkhemahan yang menghadapi masalah dan melaporkan kepada    guru penasihat yang bertugas jika perlu.

TUGAS JAWATANKUASA PERTANDINGAN

1.    Membantu guru penasihat memantau persediaan menjalankan pertandingan.
2.    Memastikan setiap kumpulan yang menyertai pertandingan membuat persediaan dengan  sebaiknya.
3.    Memantau perjalanan pertandingan.

12.  BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA OLEH SETIAP PESERTA

  1. Pakaian seragam PPIM beserta kasut hitam bertutup 1½”
  2. Seluar panjang/track bottom
  3. T-shirt PPIM/T-shirt PJ
  4. Baju kerja secukupnya
  5. Stokin 6 pasang
  6. Kasut sukan dan selipar
  7. Perkakas mandi
  8. Peralatan sembahyang dan sejadah
  9. Alat tulis dan buku catatan
  10. Wisel
  11. Lampu picit
  12. Selimut
  13. Tikar/surat khabar
  14. Baju hujan jika perlu
  15. Sleeping beg
16. First Aid (1 sahaja)
18. Kain Anduh

PERHATIAN
Sila berjumpa dengan guru penasihat untuk keterangan yang lebih lanjut.
  
13.  PERATURAN PERKHEMAHAN

  1. Peserta perkhemahan perlu tahu cara-cara mendirikan khemah, menggunakan dan menjaga khemah pada waktu siang, malam dan semasa cuaca buruk.
  2. Khemah mesti dijaga dengan baik sebelum dan selepas digunakan, jangan menyidai pakaian diatas khemah atau tali khemah.
  3. Khemah mesti dibuka atau dilipat dengan betul. Jangan sesekali menggunakan lilin atau pelita dalam khemah.
  4. Kawasan khemah mestilah dalam keadaan yang bersih dan makanan mestilah ditutup.
  5. Setiap kumpulan haruslah menyiapkan alat-alat yang perlu dibuat dan mengetahui cara menggunakan dan menjaga dengan baik. Alatan mestilah dibasuh dan dijaga dengan rapi.
  6. Peserta perkhemahan perlu makan dan mandi mengikut masa yang ditetapkan.
  7. Peserta perkhemahan harus berpakaian seragam bagi tatacara perjumpaan, perasmian dan penutup.
  8. Peserta perkhemahan berada dalam kumpulan masing-masing semasa bekerja, menjalankan aktiviti dan sebagainya.
  9. Dapur hendaklah dibersihkan dan sisa-sisa makanan hendaklah dikumpulkan terlebih sebelum dibuang.
  10. Peserta perkhemahan hendaklah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik dan sopan.
  11. Peserta perlu memakai pakaian yang bersih dan sesuai bagi setiap aktiviti.
  12. Peserta perkhemahan tidak membuat bising semasa waktu tidur.
  13. Peserta perkhemahan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa kebenaran kem komanden.
  14. Peserta tidak dibenarkan meniup wisel kecuali dalam kecemasan.
  15. Peserta perkhemahan tidak dibenarkan membawa barang-barang kemas/berharga.
 14.   PENUTUP

 Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Unit Beruniform  ini  dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah. Semoga tema segala matlamat dan objektif perkhemahan dapat direalisasikan semasa perkhemahan tersebut.


Disediakan oleh ,



...............................

(Rashidah Binti Abu Kassim )                                   
Setiausaha Kokurikulum,
SK Petri Jaya,
89100 ,
Johor.



Disahkan oleh ,


............................................
(Tuan Haji Isa Bin Salleh)
Guru Besar,
SK Petri Jaya,
89100 ,
Johor.



 

15 comments:

  1. nak buat rujukan boley?...

    ReplyDelete
  2. akk pun minta nak buat contoh ye..tq sis...have a nice day

    ReplyDelete
  3. Thanks, dapat idea nak wat perkhemahan kat sekolah tahun depan.

    ReplyDelete
  4. salam,mohon kebenaran untuk buat rujukan =)-Ain-

    ReplyDelete
  5. salam, terima kasih. mohon kebenaran utk rujukan

    ReplyDelete
  6. salam..mohon kebenaran untuk buat rujukan....

    ReplyDelete
  7. mintak kebenaran ye :0

    ReplyDelete
  8. sama-sama semua..semoga membantu tugas kalian sebagai pendidik.doakan saya menjadi yang terbaik juga kelak, insyAllah..

    ReplyDelete
  9. cikgu,mintak kebenaran buat rujukan.terima kasih

    ReplyDelete
  10. Minta izin nak buat rujukan, TQ

    ReplyDelete
  11. Minta Izin untuk buat rujukan, TQ

    ReplyDelete
  12. minta izin nak wat rujukan....tq2

    ReplyDelete
  13. minta izin nak wat rujukan....tq2

    ReplyDelete

my ♥,,,

Search This Blog