as salam and welcome..♥
Frasa sendi nama
Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang
terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi
pelengkap kepada sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata
yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering
digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah di, ke, dari, pada, kepada, untuk,
akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi
nama juga boleh didahului oleh kata bantu. Frasa sendi nama boleh hadir sebagai
predikat dalam pola ayat dasar bahasa Melayu dan juga sebagai unsur keterangan
dalam ayat-ayat lain. Berdasarkan Cerpen Kesepian, contoh bagi susunan frasa
sendi nama dalam ayat boleh dilihat dalam jadual di bawah:
SUSUNAN FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT
|
||
JENIS SUSUNAN/KEDUDUKAN
|
CONTOH AYAT
|
|
Predikat
Frasa Sendi Nama
|
|
|
Frasa
Sendi Nama Sebagai Keterangan
|
Frasa
Sendi Nama Keterangan Frasa Kerja
|
Nama Leman
kemudiannya dicatat di dalam buku
kecil yang dipunyai oleh setiap pengawas.
Frasa
Sendi Nama dicatat di dalam buku
kecil merupakan Frasa Sendi Nama Keterangan Frasa kerja kerana kata
sendi di hadir selepas frasa kerja dicatat.
|
Frasa
Sendi Nama Keterangan Frasa Adjektif
|
|
|
Frasa
Sendi Nama Keterangan Frasa Nama
|
Dia giat
menceburi bidang pidato sehingga pernah mewakili sekolah ke pertandingan pidato peringkat negeri.
Frasa
Sendi Nama ke pertandingan pidato merupakan Frasa Sendi Nama Keterangan Frasa
Nama kerana kata sendi ke hadir selepas frasa nama sekolah.
|
Binaan frasa sendi nama dapat dibentuk daripada empat
binaan iaitu binaan Kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa
keterangan, binaan Kata sendi nama + kata arah + frasa nama, binaan Kata bantu
+ kata sendi nama + frasa nama , dan binaan kata sendi nama + frasa nama. Rujuk jadual di bawah untuk melihat
contoh daripada Cerpen Kesepian bagi setiap binaan tersebut :
BINAAN FRASA SENDI NAMA
(Berserta contoh ayat)
|
KEDUDUKAN AYAT
|
Kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa
keterangan
di + dalam
+ buku kecil + yang dipunyai oleh setiap pengawas
Contoh
ayat :
Nama Leman
kemudiannya dicatat di dalam buku kecil yang dipunyai oleh setiap pengawas.
Nama Leman
kemudiannya dicatat di dalam buku
kecil yang dipunyai oleh setiap pengawas.
|
Frasa
Sendi Nama dicatat di dalam buku
kecil merupakan Frasa Sendi Nama keterangan kepada Frasa kerja kerana
kata sendi di hadir selepas frasa kerja dicatat.
|
Kata sendi nama + kata arah + frasa nama
di + dalam
+ buku kecil
Contoh
ayat :
Nama Leman
kemudiannya dicatat di dalam buku kecil yang dipunyai oleh setiap pengawas.
Nama Leman
kemudiannya dicatat di dalam buku
kecil yang dipunyai oleh setiap pengawas.
|
Frasa
Sendi Nama dicatat di dalam buku
kecil merupakan Frasa Sendi Nama keterangan kepada Frasa kerja kerana kata sendi di hadir
selepas frasa kerja dicatat.
|
BINAAN FRASA SENDI NAMA
(Berserta contoh ayat)
|
KEDUDUKAN AYAT
|
Kata bantu + kata sendi nama + frasa nama
Sedang + di dalam + sungai
Contoh ayat :
Sewaktu sedang
di dalam sungai, Yusri yang cuba berenang jauh daripada rakannya tidak dapat
mengawal imbanga badannya lalu dihanyutkan oleh arus yang deras ke hilir
sungai.
Sewaktu sedang
di dalam sungai, Yusri yang cuba berenang jauh daripada rakannya
tidak dapat mengawal imbanga badannya lalu dihanyutkan oleh arus yang deras
ke hilir sungai.
|
Frasa Sendi Nama sedang
di dalam sungai, merupakan
Frasa Sendi Nama keterangan keterangan kepada
Frasa Nama kerana kata sendi ke hadir selepas frasa nama sewaktu.
|
kata sendi nama + frasa nama
ke + pertandingan
pidato
Contoh
ayat :
Dia giat
menceburi bidang pidato sehingga pernah mewakili sekolah ke pertandingan
pidato peringkat negeri.
Dia giat
menceburi bidang pidato sehingga pernah mewakili sekolah ke pertandingan pidato peringkat negeri.
|
Frasa
Sendi Nama ke pertandingan pidato merupakan Frasa Sendi Nama keterangan kepada
Frasa Nama kerana kata sendi ke hadir selepas frasa nama sekolah.
|
No comments:
Post a Comment
my ♥,,,