Thursday, June 21, 2012

esaimen morfologi

as salam and welcome..♥ 

 
1.0 Pengenalan
 Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.

(Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 43.)
     
Tuntasnya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa melayu.
2.0 Konsep Pembentukan Kata 

Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan baru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau derivatif.jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mnedahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.
Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan pembentukan kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Hal ini demikian kerana, dalam bahasa Arab, cara membentuk dan mewujudkan perkataan adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kataatau kasusnya.
(Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, halaman 134)
Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu seperti akronim, analogi, peleburan fonem, peluasan makna, pemberian makna khusus, peminjaman kata, penambahan, penciptaan , penggemblengan, penyempitan makna, dan penyingkatan.
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap bentuk perkataan itu berbeza dari segi makna dan mempunyai fungsi yang berbeza.
2.1         Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu   

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada tajuk 1.0 iaitu Konsep Pembentukan Kata, terdapat beberapa proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Proses-proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut :
2.1.1     Akronim
Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Contohnya:
i.  JAIS – Jabatan Agama Islam Selangor 
ii. IPTI – Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
iii. IPG – Institut Pendidikan Guru
2.1.2     Analogi
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata yang telah sedia ada yang telah digunakan sejak dahulu.Misalnya, perkataan tatabahasa memang telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan pula bentuk-bentuk seperti tatatertib, tatacara dan tatahias. Contoh lain :
i.  Prasangka – prasarana, prasekolah, prauniversiti
ii.Jurunikah – juruwang, juruaudit, juruacara

2.1.3     Peleburan Fonem
Proses peleburan fonem adalah satu proses yang berlaku dengan cara menggabungkan perkataan agar menjadi satu kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonem-fonem tertentu. Contohnya:
i.  [benda] +[alir] = [bendalir]
Dalam contoh yang diberikan, perkataan [bendalir] terbentuk setelah satu fonem vokal /a/ digugurkan.
2.1.4     Peluasan Makna
Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Contohnya, perkataan [family] dalam bahasa Inggeris bermakna ‘keluarga’, tetapi perkataan ini telah diperluaskan maknanya menjadi  [famili] yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.
2.1.5     Pemberian Makna Khusus
Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Contohnya perkataan [sirih] pada asalnya bermaksud bekas atau kesan yang dilalui sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun pisang. Melalui pemberian makna khusus, [surih] membawa maksu meniru atau melukis peta.

2.1.6     Peminjaman Kata
Pembentukan kata melalui proses ini sangat luas digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Arab sehingga  perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contohnya :
i.Element – elemen
ii.Magistrate – majistret
iii.Diplomat – diplomat
2.1.7     Penambahan
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada kata akar satu suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya, kata akar [bu] merujuk kepada benda-benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk menunjukkan benda-benda tertentu yang berbentuk bulat seperti berikut :
i.   [bu] + [kit] = [bukit]
ii.[bu] + [lan[ = [bulan]
iii. [bu] + [luh] = [buluh]
2.1.8     Penciptaan
Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau dihasilkan tanpa disandarkan kepada pembendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini, perkataan ini diciptakan berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau yang dikiaskan kepada sesuatu benda. Misalnya, nama kiwi merijuk kepada nama burung di New Zealand. Daripada perkataan tersebut tercipta pula perkataan mengiwi yang bermaksud perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas.
2.1.9     Penggemblengan
Perkataan yang dibentuk melalui proses penggemblengan adalah dengan cara menggabungkan dua patah perkataan atau lebih, di samping mneggugurkan bahagian yang lain daripada perkataan tersebut. Contonhya, penggembemlengan perkataan kumpulan gitar rancak menjadi kugiran. Pembentukan kata ini masih dilakukan sehingga hari ini seperti contoh yang berikut :
i.    Bernama – Berita Nasional Malaysia
ii.  Proton – Perusahaan Otomobil Nasional
2.1.10  Penyempitan Makna
Pembentukan kata melalui proses ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada, dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Contohnya, perkataan tuan puteri mempunyai makna yang khusus, iaitu panggilan bagi wanita bangsawan atau wanita berketurunan raja. Sebaliknya, pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk kepada orang lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika panggilan ini digunakan dalam urusan surat-menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan.
2.1.11  Penyingkatan
Melalui proses penyingkatan, perkataan-perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut :
i.  tv – televisyen
ii.Dr. – doktor
iii. Prof – profesor
            Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu boleh dilihat dari segi bentuk-bentuk kata yang terhasil seperti bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk, dan bentuk kata gandaan.  Seterusnya, kita boleh lihat proses pembentukan kata berdasarkan bentuk-bentuk kata yang berikut :
a.  Bentuk kata tunggal
        Perkataan yang berada dalam bentuk kata tunggal ialah perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. Jadual di bawah menunjukkan antara pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu beserta contoh perkataan :

Bentuk Kata Tunggal
(Pola suku kata beserta contoh perkataan)

Bil.
Pola Kata Tunggal
Satu Suku Kata
Dua Suku Kata
Tiga suku kata
Empat suku kata dan lebih
1.     
KV – yu
V+K – aku
KV+V+KV-cuaca
KV+KV+VK+KV-keluarga
2.     
VK – am
V+VK – aib
KV+V+KVK-biawak
KV+KVK+KV+KV-sementara
3.     
KVK – cat
V+KVK – adik
V+KV+V-usia
KVK+KV+V+KV-bendahari
4.     
KKVK – stor
VK+KV – undi
KV+KV+V-deria
KV+KV+KV+KV-bidadari
5.     
KVKK – teks
VK+KVK – ambil
KVK+KV+V-mentua
KV+KV+KV+KVK-kapitalis
6.     
KKKV – skru
KV+V – doa
KV+KV+VK-seluar
KVK+KV+KV+KVK-sentimeter
7.     
KKKVK – skrip
KV+VK – jauh
V+KV+KV-ijazah
KVK+KVK+KV+KV-dispensari
8.     

KV+KV – pasu
KV+KV+KV-keliru
KV+KV+V+KVK-mesyuarat
9.     

KV+KVK – telur
VK+KV+VK-ikhtiar
V+KV+KVK+KV+KV-universiti
10.  

KVK+KV – lampu
V+KV+VK-elaun

Jadual 1
Jadual 1 menunjukkan contoh perkatan berdasarkan pola suku kata yang terdiri daripada jenis kata tunggal.Selain perkataan di atas, akronim juga tergolong dalam kata tunggal. Contohnya ABIM, IKIM, dan ADUN. Penjelasan lebih lanjut akan dihuraikan dalam tajuk 2.0 iaitu Proses Pembentukan Akronim.
b.  Bentuk kata terbitan
        Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Jadual di bawah menunjukkan antara kata terbitan yang terhasil melalui proses pengimbuhan berserta contoh perkataan :
Bentuk Kata Terbitan
Bil.
Jenis imbuhan
Awalan
Akhiran
Apitan
Sisipan
1.  
Kata nama
pe-pelari, pem-pembuat
Kata nama
-an-pakaian, -wati-seniwati
Kata nama
pe-..-an – perasaan
Kata nama
-el- telunjuk
2.  
Kata kerja
me-melawan, di-diatur
Kata kerja
-kan-buatkan, -di-duduki
Kata kerja
me-…-kan – memainkan
Kata kerja
-er- gerodak
3.  
Kata adjektif
ter-terbesar, se-secantik
-
Kata adjektif
ke-…-an – keakraban
Kata adjektif
-el- gelegak
Jadual 2





c.  Bentuk kata majmuk
        Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsure lain. Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata majmuk yang terhasil berdasarkan tiga kelompok :

Bentuk Kata Majmuk
Bil.
Rangkaian kata bebas
Istilah khusus
Kiasan
1.  
gambar rajah
Perdana Menteri
hak milik
2.  
alat tulis
Raja Muda
batu kapur
3.  
air hujan
Maib Canselor
daerah panas
4.  
nasi minyak
Timbalan Ketua Pustakawan
atur cara
Jadual 3

d.  Bentuk kata gandaan
        Bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses yang demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Penggandaan juga boleh berlaku secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. . Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata gandaan yang dibahagikan mengikut tiga jenis penggandaan berikut:

Bentuk Kata Gandaan
(berserta contoh perkataan)
Bil.
Penggandaan Penuh
Penggandaan Separa
Penggandaan Berentak
1.  
Kata tunggal
Meja-meja, ayat-ayat
Kata tunggal
Laki-lelaki, tikus-tetikus
Pengulangan vokal
Kuih-muih,cerai-berai
2.  
Kata berimbuhan
Awalan-pelatih-pelatih
Akhiran-amalan-amalan
Apitan-persatuan-persatuan
Kata berimbuhan
Awalan-berlari-lari
Akhiran-sayur-sayuran
Apitan-kekuning-kuningan
Pengulangan konsonan
Batu-batan, gunung, ganang, dolak-dalik
3.  
-
-
Bebas
Anak-pinak, ulang-alik, lintang-pukang.
Jadual 4

2.2         Pembentukan kata melalui proses pinjaman kata berdasarkan Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar.
Pembentukan kata melalui proses pinjaman kata sangat luas digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit sehingga  perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian.
Umumnya, dalam bahasa Melayu terdapat unsur-unsur imbuhan daripada bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit yang dapat membolehkan kita membezakan antara kata asli bahasa Melayu dengan kata pinjaman. Dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar  terdapat beberapa perkataan pinjaman yang digunakan.  Setelah dianalisis, penggunaan kata pinjaman dalam petikan ini melibatkan peminjaman unsur asing dari segi aspek peminjaman tulen, bunyi-bunyi asing, dan peminjaman imbuhan.
Jadual di bawah menunjukkan perkataan pinjaman yang digunakan dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar:

Kata Pinjaman dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar
Bil.
Aspek/unsur peminjaman
Contoh perkataan dalam petikan. 
1.     
Peminjaman tulen
Bahasa Inggeris
-       auditorium
-       program
-       radio
-       serius
-       aspek
-       sesi
-       input
-       kreatif
-       kategori
-       unit
-       kokurikulum
-       aktiviti
2.     
Peminjaman bunyi-bunyi asing
Bahasa arab dan parsi
-       /sy/ ;syarikat

-       /kh/ ;khusus

Peminjaman imbuhan
Bahasa Sanskrit
-       tata - ;tatabahasa

Jadual 5

3.0         Proses pembentukan akronim

Akronim pada asasnya terbentuk daripada proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008: 66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan kemudiannya dilafazkan menjadi seperti perkataan.
Menurut Asmah Haji Omar, akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada penggabungan daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata atau lebih. Menurut Asmah Haji Omar lagi, akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis.
Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Akronim adalah kata yang berbentuk kata nama tunggal dan dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian daripada perkataan.
3.1         Jenis-jenis akronim                      
            Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan itu, kata nama akronim boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis.
(Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 105.)
Antara jenis  akronim tersebut ialah seperti berikut :
                                              i.        Kata nama akronim cantuman hurup awal perkataan
Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakkanya terdiri daripada nama khas ; oleh itu, dieja dengan huruf besar keseluruhannya. Contohnya :
ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri
IPTI – Institut Perguruan Temenggong Ibrahim

                                            ii.        Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan
Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas ; oleh itu ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya :
Perhilitan    – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman     Negara
Mara            – Majlis Amanah Rakyat
                                           iii.        Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan
Kata nama akronim jenis ini dibentuk melaluli percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaanya bermula dengan huruf besar. Contohnya :
            Bernama – Berita Nasional Malaysia
            tadika – taman didikan kanak-kanak
            cerpen – cerita pendek

                                           iv.        Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.
Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain. Contohnya :
            asbut – asap kabut
            debunga – debu bunga
purata – pukul rata
4.0    Rumusan                

Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu. Tatabahasa pula ialah perkara asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang telah mengalami perkembangan yang pesat, terutamanya dalam bidang kosa kata  atau pembendaharaan kata yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata.
Dari segi pembentukan kata pula, kemunculan bunyi-bunyi baharu serta bentuk imbuhan baharu dalam bahasa melayu menyebabkan berlakunya pembentukan kata baharu dalam bahasa Melayu. Hasil daripada perkembangan ilmu dan ikhtisas tertentu, imbuhan yang berstatus imbuhan pada asalnya tidak dianggap imbuhan kerana keperluan mengayakan perbendaharaan perkataan bahasa Melayu bagi mendukung istilah-istilah tertentu.
Melalui proses perancangan dan pembinaan bahasa yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka proses pembentukan kata menjadi tersusun dan terarah. Oleh hal inilah, begitu banyak perkataan baharu terbentuk semasa dari semasa.

 

No comments:

Post a Comment

my ♥,,,

Search This Blog