Thursday, June 21, 2012

frasa adjektif

as salam and welcome..♥

Frasa adjektif
        Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada sesuatu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya. Menurut Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu pada halaman 56, frasa adjektif atau frasa sifat menerangkan keadaan atau sifat kata nama atau frasa nama. Frasa adjektif boleh berfungsi sebagai predikat dan sebagai unsur keterangan dalam predikat. Berdasarkan Cerpen Kesepian, contoh bagi kedua-dua fungsi frasa adjektif ini boleh dilihat dalam jadual di bawah:

Fungsi Frasa Adjektif
Pembahagian Ayat

Subjek
(FN)
Predikat
(FA)
Frasa Utama
Frasa Adjektif Sebagai Unsur Keterangan
Frasa Adjektif Sebagai Predikat
Leman
tidak pandai mengurus diri.
Frasa Adjektif Sebagai Unsur Keterangan Dalam Predikat

 Mereka
(a)  Frasa Kerja
berdiri
tegak

Leman meluahkan bebanan
(b)  Frasa Sendi Nama
di hatinya
yang selama ini terpendam.
Jadual 1
              Walaupun dalam jadual dinyatakan frasa adjektif sebagai unsur keterangan hadir selepas frasa kerja dan frasa sendi nama namun, frasa adjektif sebagai unsur keterangan sebenarnya juga dapat hadir sebelum frasa-frasa ini. Sebagai contoh, ayat (a) Mereka berdiri tegak masih gramatis jika dialih kedudukakkannya menjadi Mereka tegak berdiri. Ayat (b) Leman meluahkan bebanan di hatinya yang selama ini terpendam masih gramatis jika dialah kedudukkannya menjadi Leman meluahkan bebanan yang selama ini terpendam di hatinya.
          Frasa adjektif boleh terdiri daripada dua jenis binaan iaitu binaan satu perkataan dan binaan dua perkataan. Bagi binaan satu perkataan , frasa ini terdiri daripada satu kata adjektif. Frasa ini boleh terdiri daripada kata dasar ataupun kata berimbuhan. Bagi binaan frasa dua perkataan pula, sesuatu frasa boleh terdiri sama ada cantuman kata adjektif dengan kata adjektif  atau kata adjektif dengan kata nama untuk membentuk konstituen baharu dengan makna baharu.   Jadual di bawah menjelaskan setiap satu binaan frasa adjektif mengikut binaan satu perkataan dan binaan dua perkataan berserta contoh daripada Cerpen Kesepian.
    BINAAN FRASA ADJEKTIF
CONTOH AYAT


Binaan satu perkataan
Kata adjektif yang terdiri daripada  satu kata dasar
Pagi Isnin sudah cerah.
Kata adjektif yang terdiri daripada kata berimbuhan
Dalam Cerpen Kesepian, tiada penggunaan kata adjektif yang terdiri daripada kata berimbuhan







Binaan dua perkataan
Kata adjektif + kata adjektif
Dua kata adjektif yang menekankan keserasian makna
Leman mendapat tempat terakhir dalam Tingkatan Empat Bestari, kelas golongan cerdik pandai itu.
Dua kata adjektif yang maknanya berlawanan
Dalam Cerpen Kesepian, tiada penggunaan dua kata adjektif yang maknanya berlawanan.
Deretan dua kata adjektif dengan perkataan keduanya berima
Awak sepatutnya menjaga kebersihan diri sebagai pelajar sekolah, “ begitu nasihat seorang pelajar tinggi lampai dan tegap, Muthu, pengawas Tingkatan Enam Cemerlang.
Kata adjektif + kata nama
Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan
Akan tetapi dilihatnya wajah pelajar yang berkulit sawo matang itu bungkam dan sedih.

Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan
Dalam Cerpen Kesepian, tiada penggunaan dua kata adjektif yang membawa maksud kiasan
 
Binaan frasa adjektif  juga boleh terdiri daripada kata adjektif dengan unsur penguat dan kata bantu. Bagi binaan frasa  adjektif dengan unsur penguat, terdapat tiga binaan frasa adjektif dengan unsur penguat. Rujuk jadual di bawah untuk melihat contoh daripada Cerpen Kesepian bagi setiap binaan tersebut :

BINAAN FRASA ADJEKTIF
CONTOH AYAT
Unsur Penguat Dalam Frasa Adjektif
Penguat Hadapan
Yusri ialah sahabat yang paling rapat dengan Leman, selain Amin.
Penguat Belakang
Namun begitu, pandangannya kosong belaka.
Penguat Bebas
Dalam Cerpen Kesepian, tiada penggunaan unsur penguat bebas.
              Selain itu binaan frasa adjektif juga boleh terdiri daripada kata adjektif yang disertai oleh kata bantu, misalnya sudah besar, belum masak, dan terlalu amat pedih. . Rujuk jadual di bawah untuk melihat contoh daripada Cerpen Kesepian bagi setiap binaan tersebut :
BINAAN FRASA ADJEKTIF
CONTOH AYAT



Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif
Kata bantu + kata adjektif
Loceng sekolah berbunyi tepat jam 7.30 pagi tatkala pagi masih muda,
 
Masih        +  muda
Kata bantu + kata adjektif

Kata bantu + kata penguat + kata adjektif
Dalam Cerpen Kesepian, tiada penggunaan binaan frasa adjektif  Kata bantu + kata penguat + kata adjektif
Kata bantu + kata kata penguat
Dalam Cerpen Kesepian, tiada penggunaan  binaan frasa adjektif  Kata bantu + kata penguat
Kata bantu + kata adjektif + kata adjektif
Dalam Cerpen Kesepian, tiada penggunaan  binaan frasa adjektif  Kata bantu +  kata adjektif + kata adjektif

SUSUNAN DALAM FRASA ADJEKTIF
JENIS SUSUNAN/KEDUDUKAN
CONTOH AYAT
Selepas Subjek Sebagai Predikat
 Leman mula gusar.
 Leman +  mula gusar.
     S      +        P

Frasa adjektif mula gusar berada dalam kedudukan predikat ayat  Leman mula gusar.

Selepas Frasa Kerja Sebagai Keterangan
Sewaktu sedang berendam di sungai, Yusri yang cuba berenang jauh daripada kawannya tidak dapat mengawal imbangan badannya lalu dihanyutkan oleh arus yang deras ke hilir sungai.

berenang + jauh
kata kerja + kata adjektif


Kata adjektif jauh berada dalam predikat ayat sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja berenang.


Selepas Frasa Nama Sebagai Penerang
Awak sepatutnya menjaga kebersihan diri sebagai pelajar sekolah, “ begitu nasihat seorang pelajar tinggi lampai dan tegap, Muthu, pengawas Tingkatan Enam Cemerlang.

Frasa adjektif  tinggi lampai  bertindak sebagai unsur penerang kepada frasa nama pelajar dalam ayat di atas.
Dalam frasa adjektif terdapat tiga kedudukan frasa adjektif dalam ayat susunan biasa. Rujuk jadual di bawah untuk melihat contoh daripada Cerpen Kesepian bagi setiap binaan tersebut :
Frasa adjektif sebagai predikat dapat diikuti oleh ayat komplemen, menjadikan ayat yang terhasil itu ayat majmuk. Terdapat dua binaannya iaitu seperti di dalam jadual di bawah :
FRASA ADJEKTIF  DENGAN AYAT KOMPLEMEN
(BERSERTA CONTOH AYAT)
Kata Penguat + Kata Adjektif + Ayat Komplemen
Kata Adjektif + Kata Penguat +  Ayat Komplemen



Dalam Cerpen Kesepian, tiada penggunaan ayat komplemen. Oleh hal yang demikian, tiada contoh penggunaan bagi  binaan frasa adjektif  dengan ayat komplemen di dalam cerpen ini.

 

No comments:

Post a Comment

my ♥,,,

Search This Blog