Thursday, June 21, 2012

contoh kertas kerja perkhemahan ppim

as salam and welcome..♥

INSTITUT PERGURUAN............

 PERKHEMAHAN
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
KUMPULAN PISMP SEMESTER 4 2008
 
TARIKH :
13-16 November 2008
 
TEMPAT:

                                      Mutiara Motor Resort, Sedili
 
ANJURAN :

Pergerakan Puteri Islam Malaysia
PISMP SEMESTER 4 2008
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
Johor Bahru
 

PERKHEMAHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM

INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM

 1.         RASIONAL

Aktiviti perkhemahan adalah salah satu daripada kemahiran unit beruniform Pergerakan  Puteri Islam (PPIM) Institut Pendidikan Guru. Selain daripada bertujuan memenuhi syarat tamat kursus GERKO unit uniform, aktiviti ini dapat membantu guru pelatih mendapatkan pengetahuan dan pengalaman secara praktikal dan realistik. Seterusnya pengetahuan dan pengalaman ini akan dapat membantu guru-guru pelatih menjadi guru pemimpin yang lebih berkesan di sekolah disamping dapat membantu meningkatkan jatidiri bagi  menghadapi pelbagai cabaran pada masa akan datang. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam perkhemahan juga dapat meningkatkan kemampuan memimpin di sekolah kelak.

 2.         OBJEKTIF


Di akhir perkhemahan ini, peserta akan dapat:

1.    meluaskan pengetahuan mengenai perkhemahan
2.    mempraktikkan teori dan aktiviti-aktiviti perkhemahan
3.    memberi peluang untuk meningkatkan kemampuan memimpin
4.    memberi peluang berekreasi dan mengembangkan bakat

3.         MASA DAN TARIKH

Tarikh  :           13 - 16 November 2008 (Khamis hingga Ahad)

4.         TEMPAT
           
Mutiara Motor Resort, Sedili

 5.         PESERTA

 17 orang guru pelatih ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia PISMP Semester 4 2008
 6.         PENSYARAH PENASIHAT DAN AJK
 Pensyarah Penasihat PPIM Institut Perguruan Temenggong Ibrahim seramai  4 orang
  
7.         SUMBER KEWANGAN
             Peruntukan Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
 
8.         ANGGARAN PERBELANJAAN
             Makan dan penginapan bagi 15 orang x RM 10.00 x 3 hari              RM 450.00

                                                            JUMLAH                                             RM 450.00

9.         JAWATANKUASA INDUK

            Penaung                                              : Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran
                                                                          Pengarah IPTI
            Penasihat                                            : Pn. Hjh. Rapaah bt Kamdi
Timbalan Pengarah Pengurusan &  
Perkhidmatan IPTI
            Pengerusi                                            : Tn. Hj. Jamian bin Giman
            Penyelaras Unit Beruniform               : En. Tormadi bin Jono
            Setiausaha                                          : En. Mohd Jasa bin Siraj
            Bendahari                                            : Pn. Hjh Faridah bt Abd.Karim


10.       AHLI JAWATANKUASA KERJA

Kertas Kerja                                        : Pn. Rahimah bt Ahmad
Buku Program                                                : Pn. Rahimah bt Ahmad
Makanan/ jamuan                               : Pn. Noradzimah bt Abd. Majid
Keagamaan dan Kerohanian              : Pn. Maskiah bt Masrom &
  Cik Hjh Rokiah bt Ahmad Tabon
Persembahan Kebudayaan                : Pn. Maskiah bt Masrom
Hadiah dan Cenderamata                  : Pn. Hjh Hamidah bt Musa
Pertolongan Cemas                            : Cik Hjh Rokiah bt Ahmad Tabon
Peralatan                                             : Pn. Faridah bt Suratman
Pertandingan                                       : Pn. Hjh. Rohaya bt Abd. Razak
Disiplin dan keselamatan/Kebajikan   : Cik Hjh Rokiah bt Ahmad Tabon
Dokumentasi                                       : Pn. Maskiah bt Masrom
Laporan                                               : Pn. Maskiah bt Masrom
Kedatangan dan pendaftaran             : Pn. Faridah bt Suratman
Riadah                                                 : Pn. Noradzimah bt Abd. Majid
Aktiviti                                                 : Pn. Hjh Rohaya bt Abd. Razak
Perasmian Penutup                            : Pn. Noradzimah bt Abd. Majid
Tatacara Perjumpaan                         : Cik Hjh Rokiah bt Ahmad Tabon
 

11.       ATUR CARA PEKHEMAHAN

 HARI PERTAMA (Khamis 13/11/08)

12.00 – 01.00   ptg                  Pendaftaran, Taklimat dan membina Khemah
                                               Aktiviti 1 - ”Sahabatku Sahabatmu”
01.00 – 02.30   ptg                  Pengurusan diri, makan dan solat
02.30 – 04.00   ptg                  Gajet ikatan dan simpulan
04.00 – 05.00  ptg                  Tatacara perjumpaan dan kawat kaki
05.00 – 09.00   mlm                Pengurusan diri, makan dan solat dan tazkirah
09.00 – 11.00  mlm                “Kepimpinan Yang Berkesan dan Teori
Qiamullail”
11.00 malam                           Minum malam dan tidur 
                                               
HARI KEDUA (Jumaat 14/11/2008)

05.00 – 07.00   pagi                Qiamullail
                                                solat subuh/ tazkirah  
07.00 – 07.30   pagi                Senaman / riadah /tatacara perjumpaan                   
07.30 – 08.30   pagi                Minum pagi dan pengurusan diri
08.30 – 10.30   pagi                Ikhtiar Hidup – Memasak tanpa api & masakan 
                                               Ala Rimba
10.30 – 11.00   pagi                Kudapan
11.00 – 12.00   tgh                  Ikhtiar Hidup (teori)  – Gejala Sosial di Kalangan
                                               Remaja.
12.00 – 02.00   ptg                  Pengurusan diri /makan tengah hari dan solat
02.00 – 04.00   ptg                  Pertolongan Cemas
04.00 – 05.00  ptg                  Tatacara Perjumpaan  dan Senam Robik Zikir
05.00 – 09.00   mlm                Pengurusan diri, makan dan solat dan tazkirah
09.00 – 10.30   mlm                Membina Gajet
10.30 malam                           Tidur dan jaga malam
  

HARI KETIGA (Sabtu 15/11/08)

04.30 – 06.30   pagi                Solat Subuh berjamaah dan tazkirah
07.00 – 07.30   pagi                Senaman / riadah/ tatacara perjumpaan
07.30 – 08.30   pagi                Minum pagi dan pengurusan diri
08.30 – 10.30   tgh                  Pertandingan Gubahan
10.30 – 11.00  pagi                Kudapan
11.00 – 12.30   tgh                  Khidmat Komuniti
12.30 – 02.00   ptg                  Makan tengah hari dan solat
02.00 – 04.00   ptg                  Kembara, Aktiviti Lasak dan Ikhtiar Hidup
04.00 – 05.00   ptg                  Tatacara perjumpaan dan kawat kaki
05.00 – 09.00   mlm                Solat dan pengurusan diri, makan, solat dan
tazkirah
09.00 – 10.30   mlm                Pertandingan “Persembahan Kebudayaan“
10.30 malam                           Minum malam tidur

 HARI KEEMPAT (Ahad 16/11/08)

05.00 – 07.00  pagi                 Solat subuh pengurusan diri
07.00 – 07.30  pagi                 Senaman pagi
07.30 – 08.30   pagi                Sarapan
08.30 – 10.30  pagi                 Refleksi dan Majlis Perasmian Penutup
 TUGAS JAWATANKUASA PERKHEMAHAN

TUGAS AM

  1. Surat- menyurat:
Kebenaran Pengarah, kebenaran menggunakan bas, coaster
            dan surat jemputan.
  1. Melantik AJK kecil dan menentukan pembahagian tugas.
  2. Menyediakan buku program.
  3. Mengurus permohonan perbelanjaaan.
  4. Menyediakan sijil, hadiah dan cenderamata.
  5. Mengatur rancangan perkhemahan.

TUGAS JAWATANKUASA JEMPUTAN DAN BUKU PROGRAM

  1. Menentukan isi kandungan buku program yang telah dipersetujui.
  2. Menaip, menyusun, menyemak, mencetak dan mengedarkan buku program kepada semua ahli. 
  3. Mengumpulkan semua laporan daripada setiap Jawatan kuasa dan menyediakan laporan keseluruhan perkhemahan.
  4. Menyediakan surat jemputan dan menyambut tetamu.

TUGAS JAWATANKUASA PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

1.    Menentukan aturcara persembahan kebudayaan
2.    Menentukan jenis persembahan dan menetapkan jangka masa persembahan bagi setiap kumpulan.
3.    Menentukan samada persembahan dipertandingkan
4.    Menyediakan boring pemarkahan dan criteria untuk pertandingan persembahan
5.    Melantik juruacara dan hakim
6.    Menyediakan alat-alat yang diperlukan untuk persembahan kebudayaan
7.    Menyelia perjalanan persembahan

TUGAS JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA

1.    Mencadang, membincang dan menyediakan hadiah dan cenderamata yang sesuai mengikut peruntukan yang ditetapkan
2.    Menyediakan tempat untuk menyusun cenderamata
3.    Menyediakan dulang, alas meja, bunga dan sebagainya untuk hiasan.
4.    Membantu dan menyelaraskan tugas dan tanggung jawab di atas dengan pengerusi, pengacara majlis penutupan rasmi dan jawatan kuasa pertandingan

TUGAS JAWATANKUASA PERTOLONGAN CEMAS

1.    Menyediakan kit pertolongan cemas.
2.    Bertanggungjawab mendirikan khemah pertolongan cemas serta alatan berkaitan.
3.    Memastikan semua peralatan pertolongan cemas mencukupi.
4.    Melaporkan semua kes cedera dan sakit kepada kem komanden.
5.    Menghantar pesakit ke hospital jika perlu.
6.    Mengawas semua aspek kebersihan termasuk tandas dan bilik air.
7.    Menyediakan jadual tugas harian bagi pembantu dan jadual tugas kawalan malam.


TUGAS KOMANDEN KEM/ PEN. KOMANDEN KEM

1.    Bertanggungjawab ke atas pentadbiran am perkhemahan.
2.    Merancang tujuan dan matlamat perkhemahan dan memastikan persediaan mengikut rancangan serta mutu perkhemahan di pelihara.
3.    Memilih, mengawas dan jika perlu melatih kakitangan serta menentukan tugas-tugas mereka.
4.    Mengawas pentadbiran kewangan supaya mengikut anggaran belanjawan.
5.    Menggabungkan semua aktiviti / rancangan perkhemahan termasuk upacara pembukaan dan penutup.
6.    Mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kumpulan.
7.    Mengemukakan laporan penilaian yang mengandungi cadangan-cadangan untuk perkhemahan di masa depan.
8.    Menghantar surat terima kasih kepada pihak yang membantu.

TUGAS JAWATANKUASA MAKANAN/JAMUAN

Disamping bekerjasama dengan kem komanden untuk merancang tempat memasak, kebersihan, menu, senarai barang, tugas-tugas lain termasuklah:

1.    Mendapatkan semua  keperluan makanan. Menyimpan salinan semua borang pesanan dan memeriksa semua barang-barang yang dihantar.
2.    Membantu dalam urusan perkhemahan, mendirikan dapur dan gejet.
3.    Membuat satu senarai alat-alat kegunaan dapur dan bertanggungjawab untuk memulangkannya.
4.    Menyimpan rekod perbelanjaan seharian yang sistematik. Semua perbelanjaan mempunyai resit, bil atau baucer.
5.    Memastikan makanan dibahagi sama rata.
6.    Mengawas tempat memasak, penghidangan makanan, pembersihan pinggan mangkuk untuk memastikan makanan disediakan mengikut jadual tugas memasak.

TUGAS JAWATANKUASA PERALATAN

1.    Menyenaraikan dan menyediakan peralatan am untuk perkhemahan dan peralatan kering untuk memasak bagi setiap kumpulan.
2.    Mengagihkan peralatan memasak dan perkhemahan pada setiap kumpulan.
3.    Menyediakan borang pinjam- meminjam dan menentukan peraturannya.
4.    Menyemak peralatan sebelum pergi dan semasa memulangkan.
5.    Mengemas, menyusun peralatan ke dalam bas/coaster semasa pergi dan balik.
6.    Memastikan semua peralatan bersih/dibersihkan sebelum disimpan semula dalam stor.

TUGAS JAWATANKUASA PERTANDINGAN

1.    Menentukan jenis pertandingan yang akan dijalankan semasa perkhemahan.
2.    Menyediakan borang pertandingan, bahan-bahan yang diperlukan dan syarat pertandingan.
3.    Memilih hakim/pengadil untuk sesuatu pertandingan.
4.    Memantau perjalanan pertandingan.
5.    Mengira markah dan menyerahkan keputusan kepada pengacara majlis penutupan rasmi

  TUGAS JAWATANKUASA RIADAH & TATACARA

1.   Memastikan semua guru pelatih menjalankan tatacara perjumpaan pada setiap pagi sebelum riadah
2.  Menentukan jenis pakaian untuk tatacara dan riadah
3.   Memilih jenis riadah yang akan dijalankan
4.   Memilih ketua dan menyediakan jadual tugas untuk menjalankan riadah
5.  Memastikan riadah dan tatacara dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan.

TUGAS JAWATANKUASA PENCERAMAH

1.    Menentukan penceramah untuk sesi yang telah ditetapkan.
2.    Menyediakan surat jemputan dan surat penghargaan kepada penceramah berkenaan
3.    Melantik pengerusi dan pelapor bagi setiap sesi ceramah yang dijalankan.

TUGAS JAWATANKUASA KEROHANIAN

1.    Memilih dan menentukan imam sembahyang berjemaah bagi setiap waktu
2.    Memilih imam Qiamullail dan penceramah untuk tazkirah magrib dan subuh
3.    Menyediakan jadual tugas imam dan bilai untuk sembahyang berjemaah.
4.    Memantau dan memastikan semua pelajar menunaikan sembahyang berjemaah
(kecuali uzur) dan mengikuti tazkirah.

TUGAS JAWATANKUASA KEBAJIKAN

1.   Menjaga kebajikan semua guru pelatih dan pensyarah.
2.   Membantu guru pelatih yang menghadapi masalah dan melaporkan kepada    pensyarah yang bertugas jika perlu.
3.   Memantau segala keperluan bagi setiap kumpulan mencukupi.
4.   Mengambil gambar untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan.

TUGAS JAWATANKUASA DISIPLIN/KESELAMATAN

1.   Memastikan disiplin semua guru pelatih dalam keadaan baik sepanjang  perkhemahan.
2.   Sentiasa mengingatkan, memberi teguran dan memantau disiplin guru pelatih   sepanjang perkhemahan.
3.   Memastikan dan memantau jadual tugas malam dilaksanakan demi keselamatan
      guru pelatih.
4.    Melaporkan kepada pensyarah yang bertugas jika perlu.


TUGAS JAWATANKUASA PROTOKOL DAN PERASMIAN

1.   Memilih pengacara majlis penutupan rasmi.
2.   Menyemak teks pengacara majlis penutupan rasmi.
3.  Menyambut kehadiran tetamu.
4.  Menyelaraskan tugas dengan jawatan kuasa cenderamata dan jawatankuasa  pertandingan
JADUAL PERKHEMAHAN KURSUS ASAS KEPIMPINAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU- PISMP SEM 4,
Masa
dan Tarikh
05.00
06.45
06.45
07.30
07.30
08.30
08.30
10.30
10.30
11.00
11.00
12.00
12.00
02.00
02.00
04.00
04.00
05.00
05.00
09.00
09.00
11.00
11.00

13.11.08
Khamis

Pendaftaran


Kudapan

Taklimat,
Membina Khemah dan
Aktiviti 1
                  Pengurusan Diri
                 /Makan Tengah 
                 hari  /Solat

Input 1
         T/cara perjumpaan / 
                   Kawat kaki /
                   Senam Zikir
          Pengurusan diri / 
              makan / solat  /       
                   Tazkirah

Aktiviti 2

                           Tidur
14.11.08
Jumaat
    Solat Subuh  
  Berjemaah dan   
   Tazkirah
       Senaman/  riadah/  Tatacara Perjumpaan
Minum pagi dan Pengurusan Diri


Aktiviti 3

Input 2

Input 3

Input 4
15.11.08
   Sabtu

Aktiviti 4

Aktiviti 5

Aktiviti 6

Aktiviti 7
16.11.08
Ahad

Refleksi

Majlis
Penutup


Taklimat dan Membina Khemah                                                                                                Pn. Hjh Rahimah bt Ahmad
Input 1            Gajet Ikatan dan Simpulan                                                                                Pn Faridah bt Suratman
Input 2             Ikhtiar Hidup – Gejala Sosial di Kalangan Remaja                                             Pn Sumilah bt Marto
Input 3             Pertolongan Cemas                                                                                         Pn Wan Faridah Akmal bt Wan Ismail
Input 4             Kepimpinan Yang Berkesan dan Teori Qiamullail                                             Pn Sumilah bt Marto
Aktiviti 1           “Sahabatku Sahabatmu”                                                                                   Pn Hjh Rahimah bt Ahmad
Aktiviti 2           Membina Gajet                                                                                                 Pn Rohaya bt Abd Razak
Aktiviti 3           Ikhtiar Hidup- Memasak tanpa api dan membuat masakan ala rimba                 Pn Faridah bt Suratman
Aktiviti 4           Pertandingan Gubahan (Gubahan Tuala,Telekong dan Sejadah)                     Pn Noraizah bt Damiri
                         & Petandingan Kawat kaki                                                                               Pn Hjh Rahimah Bt Ahmad
Aktiviti 5           Khidmat Komuniti (Bersihkan kwsn perkuburan/masjid/sekolah agama)           Pn Rohaya bt Abd Razak
Aktiviti 6           Kembara, Aktiviti Lasak dan Ikhtiar Hidup                                                         Pn Faridah bt Suratman
Aktiviti 7           Pertandingan “Persembahan Kebudayaan”                                                      Pn Rohaya bt Abd Razak
Refleksi dan Majlis penutup                                                                                                     Pn Wan Faridah Akmal bt Wan Ismail
Tatacara Perjumpaan                                                                                                               Pn Noraizah bt Damiri
Riadah                                                                                                                                     Pn Wan Faridah Akmal bt Wan Ismail

                                                                                                                                                                                               

Bertugas Malam Pensyarah
 
MALAM
PENSYARAH BERTUGAS
1

Pn Hjh Rahimah bt Ahmad
Pn Sumilah bt Marto

2

Pn Faridah bt Suratman
Pn Noraizah bt Damiri

3

Pn Rohaya bt Abd Razak
Pn Wan Faridah Akmal bt Wan Ismail



BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA OLEH SETIAP PESERTA

  1. Pakaian seragam PPIM beserta kasut hitam bertutup 1½
  2. Seluar panjang/track bottom
  3. T-shirt IPTI/T-shirt PPIM/T-shirt PJ
  4. Baju kerja secukupnya
  5. Stokin 6 pasang
  6. Kasut sukan dan selipar
  7. Perkakas mandi
  8. Peralatan sembahyang dan sejadah
  9. Alat tulis dan buku catatan
  10. Wisel
  11. Lampu picit
  12. Selimut
  13. Tikar/surat khabar
  14. Baju hujan jika perlu
  15. Sleeping beg
16. Lencana (wajib)
17. First Aid (1 sahaja)
18. Cenderamata (2 setiap peserta – bergantung kepada keikhlasan masing-masing)
19.             Kain Anduh
20. Nota TCP dan gajet
     
PERHATIAN
Semasa tatacara perjumpaan dan pemeriksaan, peserta dikehendaki memakai pakaian seragam Pergerakan Puteri Islam Malaysia (sama ada T-shirt atau Uniform PPIM)
  
PERATURAN PERKHEMAHAN
  1. Peserta perkhemahan perlu tahu cara-cara memacak khemah, menggunakan dan menjaga khemah pada waktu siang, malam dan semasa cuaca buruk.
  2. Khemah mesti dijaga dengan baik sebelum dan selepas digunakan, jangan menyidai pakaian diatas khemah atau tali khemah.
  3. Khemah mesti dibuka atau dilipat dengan betul. Jangan sesekali menggunakan lilin atau pelita dalam khemah.
  4. Jangan letak barang dalam khemah. Semua barang-barang hendaklah diletakkan ditempat yang teratur, teduh dan tersusun.
  5. Kawasan khemah mestilah bersih dan makanan mestilah ditutup.
  6. Setiap kumpulan haruslah menyiapkan alat-alat kumpulan dan tahu menggunakan dan menjaganya dengan baik. Alatan mestilah dibasuh dan dijaga rapi.
  7. Peserta perkhemahan mesti tahu mengenai latihan bendera.
  8. Peserta perkhemahan mesti makan dan mandi mengikut masa yang ditetapkan.
  9. Peserta perkhemahan mesti berpakaian seragam bagi tatacara perjumpaan, perasmian dan penutup.
  10. Peserta perkhemahan berada dalam kumpulan masing-masing semasa bekerja, menjalankan aktiviti dan sebagainya.
  11. Dapur hendaklah dibersihkan, sisa-sisa makanan hendaklah dikumpulkan terlebih sebelum dibuang.
  12. Peserta perkhemahan hendaklah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik. Berpakaian bersih dan sesuai.
  13. Peserta perkhemahan tidak membuat bising semasa waktu tidur.
  14. Peserta perkhemahan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa kebenaran kem komanden.
  15. Peserta tidak dibenarkan meniup wisel kecuali dalam kecemasan.
  16. Peserta perkhemahan tidak dibenarkan membawa barang-barang kemas/berharga.
 JAWATANKUASA PERKHEMAHAN PPIM

1.      JAWATANKUASA MAKANAN

Pensyarah Penasihat : Pn. Wan Faridah Akmal bt Wan Ismail
                                    Pn Faridah bt Suratman
Ketua                       : Nurul Aida Bt. Made’e
Tugas                         : 1) Membuat jadual giliran memasak untuk menu minum  
                                        pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan  
                                        malam
2) Mengatur pengambilan bahan-bahan mentah, bahan
    kering dan bahan-bahan masakan yang lain
3) Lain-lain

2.      JAWATANKUASA KEROHANIAN DAN KEAGAMAAN

Pensyarah Penasihat : Pn. Sumilah bt Marto
Pn Faridah bt Suratman
Ketua                        : Nur Liyana Bt. Samsudin
Tugas                         : 1) Membuat jadual giliran memberikan tazkirah maghrib
    dan subuh
2) Memaklumkan masa solat
3) Lain-lain

3.      JAWATANKUASA PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

Pensyarah Penasihat : Pn. Rohaya bt Abd Razak
             Ketua                       : Nur Liyana Bt. Yasin
          : Nurul Afiqah Bt. Kamaruzaman
          : Nur Hafizah Bt. Ramlan

Tugas                         : 1) Membuat buku program
2) Membuat kad jemputan
3) Lain-lain
 
4.      JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA

Pensyarah Penasihat : Pn. Hjh Rahimah bt Ahmad
Ketua                        : Ratna Izzatie Bt. Che Musa
Tugas                         : 1) Menyediakan hadiah untuk setiap pertandingan
2) Lain-lain

 5.      JAWATANKUASA PERTOLONGAN CEMAS

Pensyarah Penasihat : Pn Wan Faridah Akmal bt Wan Ismail
Ketua                       : Nur Nadiah Bt. Kamarudin
Tugas                         : 1) Membantu penceramah ketika taklimat
2) Menyediakan peralatan untuk pertolongan cemas
3) Lain-lain

6.      JAWATANKUASA PERALATAN

Pensyarah Penasihat : Pn. Faridah bt Suratman
Ketua                        : Siti Azilah Bt. Wabib
            Nur Affini Bt. Mohd Mashudi

Tugas                         : 1) Memastikan alat perkhemahan lengkap
2) Mengatur pengambilan peralatan yang disediakan
3) Lain-lain

7.      JAWATANKUASA PERTANDINGAN

Pensyarah Penasihat : Pn. Noraizah bt Damiri
Ketua                        : Nur Liyana Bt. Yasin
            Nurul Afiqah Bt. Kamaruzaman
            Nur Hafizah Bt. Ramlan
Tugas                         : 1) Memastikan setiap pertandingan berjalan lancar
2) Menyediakan peraturan permainan/pertandingan
3) Menyediakan borang pemarkahan
3) Lain-lain


8.      JAWATANKUASA DISIPLIN DAN KESELAMATAN

Pensyarah Penasihat : Pn Faridah bt Suratman
Ketua                        : Nor Asilah Bt. Zulkifle
Tugas                         : 1) Menyediakan jadual giliran untuk mengawasi kawasan
     perkhemahan pada waktu malam
2) Lain-lain

9.      JAWATANKUASA KEBAJIKAN

Pensyarah Penasihat : Pn Hjh Rohaya bt Abd Razak
Ketua                       : Nor Lizawaty Bt. Mohd Kanising
Tugas                         : 1) Membawa kelengkapan ubat-ubatan
2) Lain-lain

10.  JAWATANKUASA DOKUMENTASI & LAPORAN

Pensyarah Penasihat : Pn. Faridah bt Suratman
                                    Pn Sumilah bt Marto
Ketua                        : Yusnida Bt. Mat hassan @ Yusuf
                                   Nurafiqah Bt. Abd. Rahman

Tugas                         : 1) Mengambil gambar
2) Lain-lain

11.  JAWATANKUASA KEDATANGAN DAN PENDAFTARAN
Pensyarah Penasihat : Pn. Sumilah bt Marto
Ketua                        : Nur Faseeha Bt. Sabiran
Tugas                         : 1) Membuat jadual giliran membuat laporan mengikut
                                         aktiviti yang dijalankan
2) Mengumpul semua laporan dan menyerahkan kepada
    setiausaha PPIM dan Penyelaras PPIM PISMP
3) Mengambil kedatangan ahli dalam setiap aktiviti
4) Lain-lain

12.  JAWATANKUASA RIADAH

Pensyarah Penasihat :  Pn. Wan Faridah bt Akmal
                                    Pn Faridah bt Suratman
Ketua                        :  Nur Safinas Bt. Muhammad Hussain
Tugas                         : 1)Menyediakan jadual giliran mengetuai senam aerobik
2) Lain-lain

13.  JAWATANKUASA AKTIVITI

Pensyarah Penasihat : Pn. Faridah bt Suratman
                                    Pn. Rahimah bt Ahmad
Ketua                        : Nor Fatin Bt. Abd. Mokhsin   
Tugas                         : 1) Menjadi jurumajlis/juruaacara
2) Lain-lain

14.  JAWATANKUASA PERASMIAN PENUTUP

Pensyarah Penasihat : Pn. Wan Faridah Akmal bt Wan Ismail
Ketua                        : Siti Fasliyana Bt. Basir
Tugas                         : 1) Memaklumkan tentang masa, tempat, pakaian ketika
                                         majlis perasmian dan penutupan
2) Membantu juruacara menyediakan teks

15.  JAWATANKUASA TATACARA PERJUMPAAN/RIADAH

Pensyarah Penasihat : Pn. Noraizah bt Damiri
Pn. Hjh Rohaya bt Abd Razak
Ketua                        : Nazirah Bt. Mohd Rozar
Tugas                         : 1) Membuat jadual giliran untuk menjadi Ketua Kawad,
     pembaca Ikrar, pembaca doa dan penaik bendera
2) Lain-lain


 

1 comment:

  1. Thanks! Pls visit me back at http://48smart.blogspot.com

    ReplyDelete

my ♥,,,

Search This Blog