as salam and welcome..♥
REFLEKSI
KENDIRI
NAMA:
SITI NUR ‘ATIQAH BT MOHD ZUKHI
NO.KAD
PENGENALAN:
OPSYEN:
2 PISMP BM/PJ/PSV
TARIKH
MULA: 3 OGOS 2010
TARIKH
SERAH: 27 OGOS 2010
PENSYARAH:
Setelah siap tugasan ini, saya telah memperoleh
banyak pengetahuan dan maklumat baru berkaitan perbezaan individu. Sesungguhnya
tajuk ini banyak memberi input yang bermakna serta ilmiah kepada saya yang
merupakan bakal guru kelak. Hal ini demikian kerana, dalam tajuk ini saya telah
mempelajari makna yang paling tepat terhadap perbezaan individu itu. Malah,
saya juga dapat mengetahui pendapat-pendapat serta pemikiran-pemikiran beberapa
orang ahli psikologi yang telah mengkaji perbezaan individu dengan mencipta
teori mereka sendiri.
Berdasarkan teori yang mereka
telah kaji, saya dapati, perbezaan individu sememangnya dipengaruhi oleh dua
faktor utama iaitu faktor baka dan persekitaran. Menerusi dua faktor inilah
yang menentukan sesuatu tahap bagi seseorang individu itu. Berdasarkan perkara
ini, sebagai seorang bakal guru, saya perlu menjadi seorang guru yang peka
terhadap peribadi dan perubahan seorang murid. Ini memandangkan, dengan cara
mengambil berat terhadap murid sahajalah, saya boleh mengetahui punca-punca
mengapa seseorang murid itu lemah di dalam pelajarannya atau sebaliknya.
Antara langkah yang boleh diambil untuk mengenal pasti tahap setiap
individu murid adalah dengan mengetahui latar belakang, kekuatan dan kelemahan,
minat, matlamat, aspirasi dan sikap murid. Saya juga boleh dapatkan semua ini
melalui kad kumulatif, pemerhatian tingkah laku, perbincangan dengan murid,
berkongsi pendapat dan pengalaman, mentadbir ujian psikologi serta diagnostik
berdasarkan sikap, nilai kerja, dan minat kerjaya. Dengan cara ini, ia
memudahkan saya untuk mengetahui sebab serta punca seseorang murid lemah atau
bijak dalam pelajarannya.
Tugasan ini banyak mengajar
saya untuk menjadi lebih bertolak ansur
terhadap murid-murid dalam apa jua keadaan kelak.Sebagai contoh,
sekiranya masih ada muridnya yang tidak
dapat mencapai objektif pelajaran atau yang lebih teruk lagi ada dalam kalangan
murid dan mereka telah menimbulkan gangguan semasa pelaksanakan pengajaran
walaupun saya telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
difikirkan paling bersesuaian , saya perlu bertolak ansur dengan keadaan ini.
Saya akan belajar untuk bersabar melayani karenah mereka memandangkan saya
telah tahu setiap murid itu berbeza pencapaiannya.
Seterusnya,
menerusi tugasan ini juga, saya dapat mengetahui bahawa perbezaan individu
sebenarnya memberi implikasi kepada individu itu sendiri. Perbezaan individu
memberi kesan kepada kesediaan murid untuk belajar. Disamping itu, perbezaan
individu juga akan menyebabkan kecerdasan berbeza di antara murid. Ini sudah
pastika akan mempengaruhi pencapaian
akademik bagi setiap murid. Seterusnya, perbezaan individu memberi kesan kepada
kebolehan psikomotor murid. Murid akan mempunyai kebolehan psikomotor yang
berbeza dan ini akan membantutkan kekuatan fizikal murid sekali gus menggangu pertumbuhan
otot-otot kasar dan halus murid. Perbezaan individu juga memberi kesan kepada
perbezaan jantina. Ini kerana, murid lelaki lebih baik prestasi mereka dalam
beberapa mata pelajaran terutama matematik berbanding murid perempuan. Hal ini
sangat mendatangkan kesan negatif kepada individu murid.
Sebagai
seorang bakal guru, tugasan ini banyak membantu saya untuk mencari jalan
penyelesaian apabila berada di sekolah nanti. Hal ini demikian kerana, di
sekolah nanti, saya pasti akan berdepan dengan murid yang mempunyai perbezaan
individu. Menerusi tugasan ini saya juga perlu mencari strategi serta kaedah
bagi seorang guru untuk mengatasi masalah perbezaan individu. Oleh hal yang
demikian, ia sangat membantu saya dalam kehidupan seorang guru kelak. Saya akan mempraktikan strategi dan kaedah
seperti menjalankan kaedah kumpulan di dalam kelas.Kaedah akan mengelakkan murid yang lemah pencapaian akademiknya
merasa diri mereka jauh ketinggalan dari murid yang lebih pandai. Ini kerana
merusi kaedah ini murid akan dicampurkan tidak mengikut keupayaan mereka di
dalam pencapaian akademik. Sudah pasti mereka akan lebih seronok untuk terus
belajar.
Di
samping penggunaan kaedah kumpulan, saya juga boleh menggunakan pelbagai alat
bantu mengajar serta bahan bantu mengajar. Ini bertujuan untuk meransang minda
mereka supaya lebih cepat mendapat isi pelajaran yang disampaikan pada sesuatu
sesi pengajaran. Pemilihan bahan juga akan saya titikberatkan supaya ianya
menepati dengan keupayaan setiap pencapaian murid. Oleh hal yang demikian,
tugasan ini memberi pengajaran awal kepada saya supaya tidak menyediakan
latihan atau tugasan yang sama kepada setiap individu murid di dalam sesebuah
kelas memandangkan mereka semua mempunyai pencapaian yang berbeza.
Dengan
tugasan ini, saya menjadi lebih berkeyakinan untuk meneruskan pembelajaran saya
di institut ini untuk menuntut lebih banyak perkara agar saya lebih bersedia di
alam kerjaya kelak. Saya juga mempunyai lebih banyak pengetahuan untuk saya
gunakan semasa mengajar nanti. Semua ini akan saya praktikkan untuk memastikan
murid yang bakal saya ajar dapat menjadi murid yang berjaya dalam kehidupan
mereka.
No comments:
Post a Comment
my ♥,,,