as salam and welcome..♥
Bahasa adalah suatu medium
komunikasi global yang penting pada masa ini. Manusia menggunakan pertuturan
khususnya sebagai alat termudah untuk menyampaikan maklumat dan perasaan agar
berlaku kitaran hidup yang seimbang dan sempurna. Penting untuk kita sebagai
individu pendidik agar memahami perkembangan bahasa dalam kalangan kanak–kanak
supaya tumbesaran mereka dapat menyumbang kepada kemodenan negara kelak.
Perkembangan bahasa dapat dilihat
daripada tiga perspektif iaitu perspektif behaviorisme, perspektif kognitif dan
perspektif nativis serta berkembang dalam tiga peringkat seperti peringkat bayi
, peringkat kanak – kanak dan peringkat remaja.
Melihat dalam konteks fahaman
Skinner (1957) , ibu bapa merupakan guru pertama kanak–kanak seawal usia bayi
dalam menyediakan sejumlah perbendaharaan kata dan peneguhan yang betul dan
mudah difahami. Hal ini disokong apabila melihat sifat bayi yang lembut dan
bergantung kepada individu lain dalam mengharapkan percambahan bahasanya
sendiri.
Justeru , dapatlah disimpulkan
bahawa perkembangan bahasa individu amat bergantung kepada usaha dan
persekitarannya dalam membentuk kemahiran berbahasa yang baik dan sempurna.
Individu yang dipengaruhi oleh pengaruh yang lemah dan salah pendekatan
berbahasanya akan membesar dengan situasi yang sama. Misalnya , kanak – kanak
menjadi bisu meskipun tidak bisu apabila membesar bersama ibu bapa yang bisu
dan tidak terdedah dengan persekitaran luar yang normal. Oleh itu , ibu bapa
dan guru hendaklah memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa
kanak-kanak dalam mencorakkan perwatakan kanak-kanak tersebut ke arah
pembentukkan keperibadian yang unggul dalam arus globalisasi kini.
No comments:
Post a Comment
my ♥,,,