Wednesday, June 20, 2012

contoh refleksi kendiri 2

as salam and welcome..♥

Refleksi Kendiri
            Saya telah menerima tugasan ini pada 5 Mac 2012 oleh pensyarah pembimbing bagi Kursus Kokurikulum Olahraga. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya sebuah cadangan kertas kerja bagi Kejohanan Olahraga Trek dan Padang di sesebuah  sekolah secara kumpulan .
            Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus pendek ini adalah tentang format penulisan kertas kerja.       Saya sebenarnya sudah beberapa kali mempelajari cara menulis kertas kerja  sebelum ini. Namun, saya masih kurang mahir untuk menguasai kemahiran ini. Menerusi tugasan pada kali, saya mendapat banyak peluang untuk melihat contoh-contoh hasil kertas kerja bagi pengelolaan kejohanan olahraga di sesebuah sekolah. Hal ini banyak membantu saya bagi lebih menguasai kemahiran menulis kertas kerja.
            Selain itu, menerusi kertas kerja yang perlu dibina juga banyak mengajar saya untuk memahami rasional, matlamat, dan objektif sesuatu program khususnya kejohanan olahraga di sekolah. Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani, saya berkemungkinan besar akan diminta membuat kertas kerja bagi mengelolakan kejohanan olahraga di sekolah nanti. Justeru, tugasan ini sangat membantu saya dalam menyediakan diri untuk perkara tersebut. Walaupun ketiga-tiga tersebut hampir sama, namun saya belajar cara untuk menulis setiap bahagian dengan lebih betul berbanding sebelum ini.
            Setelah merujuk beberapa bahan serta membuat perbincangan dengan rakan sekumpulan, saya semakin jelas dengan format penulisan kertas kerja. Saya juga belajar untuk membuat pengiraan bagi bahagian kewangan untuk sesuatu program. Secara khususnya, saya mempelajari bajet kewangan yang perlu diperuntukkan untuk kejohanan olahraga di sesebuah sekolah. Menerusi aturcara yang perlu dirancang juga banyak membuka mata saya tentang hari kejohanan olahraga di peringkat sekolah yang sebenar. Hal ini secara tidak langsung memberi gambaran sebenar kepada saya tentang kejohanan olahraga yang biasanya dijalankan di sekolah.
Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang demikian, saya rasa tugasan ini sangat-sangat membantu saya untuk menguruskan sesuatu kejohanan olahraga di sekolah kelak. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru kelak.
Disediakan oleh:
…………………………………………
(SITI NUR ‘ATIQAH MOHD ZUKHI)
5PISMP BAHASA MELAYU/PENDIDIKAN JASMANI/PENDIDIKAN SENI VISUAL
 

8 comments:

  1. salam, tika,..

    CN amek cntoh refleksi ni eh..thanks for the sharing :)

    ReplyDelete
  2. salam tika, minta izin buat rujukan penulisan relaksi niii. jutaan tq.

    ReplyDelete
  3. wasaalm.ok..semoga membantu ye.=)

    ReplyDelete
  4. salam, terima kasih banyak sebab berkongsi refleksi saudari, boleh juga di jadikan panduan tq...

    ReplyDelete
  5. salam tq...sebab boleh dijadikan panduan

    ReplyDelete
  6. tq, n teruskan usaha murni. saling membantu, amalan mulia

    ReplyDelete

my ♥,,,

Search This Blog