follower

Wednesday, June 20, 2012

Kaedah bagi mengatasi Perbezaan Individu

as salam and welcome..♥

6.0 KAEDAH YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH SEORANG GURU BAGI MENGATASI MASALAH PERBEZAAN INDIVIDU

Seseorang guru perlu mempunyai kesedaran tentang masalah perbezaan individu, mengetahui bagaimana perbezaan ini mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan peka pada faktor penyebab kepada perbezaan individu. Antara langkah yang perlu diambil untuk mengenal pasti tahap setiap individu murid adalah dengan mengetahui latar belakang, kekuatan dan kelemahan, minat, matlamat, aspirasi dan sikap murid. Dapatkan semua ini melalui kad kumulatif, pemerhatian tingkah laku, perbincangan dengan murid, berkongsi pendapat dan pengalaman, mentadbir ujian psikologi serta diagnostik berdasarkan sikap, nilai kerja, dan minat kerjaya. Menurut  Mohd Salleh,(1991), di dalam buku Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru,1993 yang ditulis oleh Rohaty Mohd. Majzub, guru perlu mempunyai gambaran yang jelas tentang sifat dan batasan perbezaan tersebut, memahami dan membuat persediaan untuk menghadapi serta menyelesaikan masalah-masalah yang timbul daripada perbezaan individu dengan berkesan (termasuk kaedah mengajar, BBM / ABM) tempat yang berbeza ikut minat, kebolehan & kemampuan individu.
Beberapa kaedah berikut boleh diambil oleh guru bagi mengatasi perbezaan individu :
6.1 Kaedah Kumpulan
Bagi mengatasi masalah perbezaan individu dalam kalangan murid, guru boleh menggunakan kaedah kumpulan. Kaedah ini dijalankan kerana murid berbeza dari segi keupayaan dan memudahkan guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran. Menurut Kamaruddin Hj. Hussin,(1990), di dalam buku Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru,1993 yang ditulis oleh Rohaty Mohd.Mazjub, Kaedah berkumpulan dapat memberikan kesan yang baik kepada murid dan guru. Menurut Rohaty masjub di dalam ukunya lagi, beliau memetik ayat G. Myers Blair, R. Stewart Jones, R.H. Simpson yang mana menyatakan sebahagian besar daripada tugas guru adalah bekerja dengan kumpulan dan tidak dengan murid secara individu.Dalam kaedah kumpulan, beberapa faktor  berikut perlu diambil kira:
6.1.1 Pengumpulan Mengikut Kebolehan Antara Kelas(faktor fleksibiliti)
Tujuan pengumpulan ini ialah supaya setiap kelas mengandungi murid yang homogen mengikut markat ujian pencapaian. Tiga aras pencapaian dibentuk, iaitu aras tinggi, sederhana dan rendah. Rasional mengumpulkan murid sedemikian adalah agar dia memperbaiki ke­cekapan dan keberkesanan guru kerana pengajaran guru akan selaras dengan ciri-ciri kebolehan murid. Murid pencapaian rendah memer­lukan perhatian yang lebih, penjarak pengajaran yang agak lambat, pengulangan serta latihan. Sementara kumpulan pencapaian tinggi pula memerlukan autonomi yang lebih tinggi dan tugasan yang lebih kompleks dan mencabar.
6.1.2 Pengumpulan Menurut Pelbagai Mata pelajaran(faktor kurikulum)
Pengumpulan jenis ini adalah berdasarkan hakikat bahawa kanak-ka­nak mempunyai pelbagai bakat dan kebolehan dalam mata pelajaran yang berbeza-beza. Misalnya, ada kanak-kanak yang lebih berke­bolehan bermain alat-alat muzik, lebih cenderung dalam kemahiran simpan kira atau dalam aspek pertukangan kayu.Oleh hal yang demikian, seseorang guru perlu mengumpulkan atau mengagihkan kumpulan murid dengan menyediakan bahan dan pengajaran yang sesuai supaya mengikut tahap kebolehan dan minat murid itu sendiri.
6.2 Kaedah Dalton
Kaedah seterusnya ialah kaedah Dalton.Melalui kaedah ini murid digerakkan dalam pembelajaran mereka dengan terlebih dahulu supaya mengetahui apa yang patut dibuatnya.Dalam kaedah Dalton, guru menjadi pembimbing dan perujuk kepada kanak-kanak. Guru mencadangkan kegiatan murid serta mengadakan perbincangan dengan mereka.Guru menyimpan graf kemajuan harian murid. Dengan cara ini dianggarkan setiap murid belajar dan berjaya mengikut kebolehan dan minat sendiri.Menurut Rohaty Mohd.Majzub di dalam bukunya, Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru,1993 Rancangan Dalton membolehkan murid bebas sediakan tugasannya dan guru sebagai pembimbing murid sahaja.
6.3 Kaedah Gerak Balas
Seterusnya Kaedah gerak balas.Kaedah ini akan melibatkan penglibatan aktif murid dalam sua­sana pembelajaran. Murid-murid tidak bersifat pasif atau menerima sahaja maklumat daripada pengajaran guru.Oleh yang demikian mereka digalakkan merancang projek menyelidik, merancang, menyusun dan membuat demonstrasi, dan melaporkan hasil daripada projek yang berkenaan.
6.4 Kaedah Pendidikan Pemulihan
Menerusi kaedah pendidikan pemulihan guru akan membantu kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran mereka agar diberi pengajaran pemulihan sama ada secara formal atau tidak formal. Pendidikan pemulihan bertujuan mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid serta mengembangkan minat mereka terhadap pelajaran ke tingkat keperluan yang memuaskan.
6.5 Kaedah Pengayaan
Kaedah Pengayaan adalah sejenis kaedah pembelajaran yang memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.Pengayaan boleh merupakan pengayaan mendatar dan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengajaran berdasarkan ke­bolehan murid-murid dalam sesuatu kumpulan. Pengajaran menegak adalah berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
6.6 Kaedah Pengajaran Terancang
Kaedah ini lebih memfokuskan kepada perancangan seseorang guru sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).  Dalam kaedah ini, guru perlu memfokuskan kepada beberapa faktor seperti berikut:
6.6.1 Perancangan Kepelbagaian Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Seseorang guru perlu merancang strategi sama ada pendekatan,kaedah serta teknik yang bakal digunakan sebelum melaksanakan sesuatu sesi P&P.Strategi yang bakal digunakan haruslah pelbagai untuk menarik minat semua tahap murid untuk mengikuti sesi P&P yang dijalankan.Menurut Robert Gayne di dalam bukunya The Conditions of Learning, setiap jenis pembelajaran perlu keadaan dan kaedah yang berlainan untuk perkembangannya, oleh itu program atau strategi pembelajaran bagi setiap satu mungkin berbeza.
6.6.2 Perancangan Kepelbagaian Bahan Dan Alat Bantu Mengajar (ABM dan BBM)
Guru perlu merancang penggunaan ABM dan BBM sebelum melaksanakan sesi P&P. Sebagai seorang guru, penggunaan sudut pembelajaran juga merupakan salah satu faktor yang perlu diberi perhatian kerana bahan yang menarik dan pelbagai di sudut tersebut dapat mengatasi perbezaan individu dalam kalangan murid.  Rohaty Mohd Mazjub juga memetik kata-kata Glasser,1971 “penggunaan sudut pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai perbezaan individu dapat memberi keselesaan dan meningkatkan minat mereka untuk belajar” di dalam bukunya Perkembangan Untuk Bakal Guru,1993.
 6.6.3 Perancangan Kepelbagaian Bentuk Penilaian
Penilaian merupakan satu perkara yang penting untup memastikan tahap pencapaian murid. Kadang kala guru perlu menilai murid berdasarkan minat atau kemahiran murid belajar supaya murid yang lemah turut merasa diri mereka dihargai.Untuk itu, semasa P&P guru harus memberi peneguhan positif untuk membentuk tingkahlaku serta minat murid untuk terus berusaha mempertingkatkan diri mereka dalam pelajaran.
6.6.4 Perancangan Kepelbagaian Tugasan
Guru juga perlu mengagihkan tugasan yang sesuai  mengikut tahap murid dan bervariasi. Sebagai contoh, guru boleh menyediakan tugasan seperti lakonan, nyanyian ataupun tugasan yang melibatkan penggunaan kecanggihan teknologi kini.Tugasan yang diberi haruslah sesuai dengan tahap keupayaan murid.Guru perlu mengetahui tahap kebolehan setiap murid dan sediakan tugasan selaras dengan setiap tahap.



 

4 comments:

my ♥,,,

Search This Blog

Loading...