Wednesday, June 20, 2012

Rumusan perbezaan Individu

as salam and welcome..♥

 
            Perbezaan individu boleh disimpulkan sebagai ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial dalam kalangan individu. Manusia dilahirkan dengan kecenderungan masing-masing dan ini menyebabkan  terjadinya perbezaan Individu. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.
            Perbezaan individu telah dikaji oleh beberapa orang ahli psikologi dan mereka telah menemui beberapa teori perbezaan individu berdasarkan kajian mereka tersebut. Antaranya ialah Teori Ekologi Bronfenbrenner oleh Sir Francis Galton yang mengkaji dari segi konteks sosial seseorang kanak-kanak yg mempengaruhi kehidupan dan perkembangan. Teori yang seterusnya ialah Teori Perkembangan Pergerakan (motor)oleh  Arnold Gesel.Menurutnya, kanak-kanak mencapai tahap kematangan fizikal tidak sama dan boleh mempengaruhi proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak mengikut pola tertentu.Teori yang ketiga ialah Teori Perkembangan Psikososial Erikson, yang menyatakan seseorang kanak-kanak akan melalui 8 tahap perkembangan sepanjang hayatnya dan mereka mesti berjaya melepasi tahap dan krisis tersebut.
Antara aspek di dalam perbezaan individu adalah seperti berikut jantina, fizikal,kognisi, personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, kesihatan,sosial, serta bangsa dan bahasa. Kesemua aspek inilah yang menjadi faktor kepada perbezaan antara seseorang individu tersebut.
            Pelbagai strategi telah dibincangkan untuk menolong guru menangani masalah Perbezaan individu dalam kalangan murid, termasuklah memahami perbezaan murid dari segi fizikal, mental dan emosi. Ini dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih. Yang kedua, memahami tingkah laku murid,meramal tingkah laku murid,dapat mengesan perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar, menetapkan objektif pengajaran dan pembelajaran, menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang pelbagai, mempelbagaikan bahan bantu mengajar,menyediakan program pemulihan dan pengayaan, serta perlu sentiasa bertolak ansur dengan para pelajarnya dalam apa jua keadaan.
            Dengan menitikberatkan segala di atas, perbezaan individu mampu diatasi dengan cara yang terbaik serta membantu individu murid untuk membentuk personaliti diri mereka dan terus maju dalam pelajaran sekali gus berjaya dalam kehidupan mereka di masa akan datang.

 

No comments:

Post a Comment

my ♥,,,

Search This Blog