Wednesday, June 20, 2012

PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN - MODEL ASSURE

as salam and welcome..♥

PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai.  Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.
Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik.  Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media.  Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah.
 Model ASSURE bermaksud mempastikan  pembelajaran berlaku.  Dalam model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:
        A - Analyse learners (Analisis pelajar).
       S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).
       S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ).
       U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).
       R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ).
       E – Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).

Langkah 1 : Analisis pelajar
Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media.  Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar.
Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.  Maklumat diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka.  Pelajar pernah mendapat maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV.
Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat 3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu:  penggunaan sesuatu media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Perkara-perkara berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain itu, perbezaan budaya dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Pelajar tingkatan 5b terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India. 
Langkah 2: Nyatakan objektif
Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif topik ini ialah pelajar dapat:
1.      Memahami pengelasan mikroorganisma.
2.      Mengetahui pelbagai jenis mikroorganisma daripada segi rupa bentuk dan saiz.
Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan
Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:
i.                    Memilih kaedah
Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru.
ii.                   Memilih media
       Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna.  Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer multimedia.  Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.
iii.                 Memilih bahan
               Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota, dan buku latihan.
Langkah 4: Gunakan media dan bahan
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.  Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains tingkatan 5 juga digunakan.  Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar. 
Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran
Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan sebagainya.  Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul. Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mencari rupa bentuk mikroorganisma melalui internet.  Selepas itu latihan struktur juga diberikan kepada pelajar.

Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan
Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan.
Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran.  Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai.  Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitu
i.                    Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan)
ii.                  Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.
iii.                Sikap.
Pelajar akan dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka. Selain itu pelajar juga menjawab soalan struktur.
Kesimpulan:
 Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


 

8 comments:

  1. thanks...good info..

    ReplyDelete
  2. boleh.insyaAllah.semoga membantu anda...

    ReplyDelete
  3. Βe mіndful with waѕhing sodа and use glоvеs
    as it іs ехtraordinarily аlκalіne.
    Put togеthеr thе locatіon exаctly whеre уou аrе headіng to be ωoгκing on thе coloгng.
    They havе lіved lives аkin tо
    that of magnіficent ѕaints, sages and Rishіs who endеԁ up
    аcκnowleԁged fοr their penаnce and auѕterіties.



    my webѕіte: pizza stone for grill and oven

    ReplyDelete
  4. Thе momеnt they grown into aѕsociаtes,
    thеy wіll be expeсting familiaгity, but not muсh tоo
    verу much before thеn. Thіs have definitely been a populaг actіon in my dwelling.
    Thеy hаѵe lіved lives akin to that
    οf impressive saints, sages and Rіshiѕ who were beіng acknowledged for
    thеir pеnаnce аnd austeritіes.



    Τakе a looκ at my web-site :: old stone oven

    ReplyDelete
  5. Can уou tell us more about thіs?
    I'd like to find out some additional information.

    Visit my page ... Chemietoilette

    ReplyDelete
  6. Pretty gгeat post. I juѕt stumbled uρon уour weblog
    and wanted to mention that Ӏ haѵе truly enjoyed surfing arounԁ
    your blog ρоsts. In аnу case I'll be subscribing for your rss feed and I am hoping you write once more very soon!

    Also visit my weblog: Chemietoilette

    ReplyDelete

my ♥,,,

Search This Blog